Monday, July 14, 2008

Syukur!

Hari ini merupakan hari yang agak menggerunkan bagi saya. Hari di mana saya dijadualkan mempertahankan cadangan penyelidikan PhD saya di hadapan 5 orang professor - ahli jawatankuasa kedoktoran, daripada bidang sains komputer, matematik, robotik, dan psikologi klinikal. Sesi pembentangan bermula pada 10 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi, diikuti sesi soal-jawab sehingga jam 12.30 tengahari. Beberapa komen bernas telah diberikan (dan saya akui ada beberapa kelemahan di dalam kertas cadangan yg setebal 50 mukasurat) . Yang agak menarik, masing-masing berbincang untuk menambahbaikan penyelidikan saya, terutama dari aspek pembentukan model matematik dinamik, isu dalam sensor biologi, interaksi dengan robot, dan kajian mengenai kemurungan (depression).


(haii, sempat senyum yee ... dalam hati berdebar2)

Telahan awal saya, mungkin teruk saya akan dikerjakan, kerana di dalam jawatankuasa tersebut, diwar-warkan terdapat seorang profesor yang agak kritis. Ya, memang kritis, tetapi bukan membabi-buta, tetapi untuk membolehkan saya melihat kelemahan dalam penyelidikan yang bakal saya laksanakan dalam tempoh 3 tahun nanti. Daripada sesi soal-jawab, ianya bertukar menjadi sesi mesyuarat, di mana saya berpeluang bertanyakan soalan kepada ahli jawatankuasa mengenai aspek-aspek penambahbaikan semaksimum mungkin. Pengalaman saya mengendalikan sesi pembentangan kertas cadangan PhD di salah sebuah universiti Malaysia yang pada kebiasaannya menggerunkan (sesi yang lebih kepada panel penilai menghentam / mencari kesilapan - yg kadangkala memualkan dan tidak masuk akal sbg seorg akademia daripada memberi dorongan dan cadangan bernas) membuat saya beranggapan perkara yang sama akan berlaku pada saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan jayanya (pada hemat saya).

Tamat sesi tersebut, kedua-dua penyelia saya, Prof. Dr Jan Treur dan Dr. Michel Klein datang mengucapkan tahniah utk sesi ini. Masih teringat kata-kata penyelia saya sewaktu bersama mereka untuk makan tengahari tadi (lebih kuranglah)

"Azizi, you did a very good job. We are really impress with your effort. Stay focus, and we are expecting the best thing out of you. Now, officially, we can work together with this directed topic, and in 3 years time, we are expecting to call you Dr. Azizi. We know you will make it through".

(alang2 penyelia nak belanja - siap makan pai epal untuk pencuci mulut * snap sembunyi2 ni)

Itu merupakan kata-kata semangat untuk saya lebih tekun dan menikmati keseronokan menjalankan penyelidikan, yang pada hemat saya, bidang yang saya gemari. Lega rasanya. Terasa baru semalam tiba di Amsterdam, tiba2 dah masuk sesi mempertahankan kertas cadangan. Hampir 3 bulan lebih saya di bumi ini, dan perjalanan masuk jauh lagi. Tentu sekali, saya takkan alpa dengan kejayaan awal ini, dan moga ini menjadi petanda positif untuk saya berjaya dalam proses ini. Yup, penyelidikan phd merupakan satu proses, membentuk diri saya dalam mengejar cita-cita menjadi saintis dalam bidang sains komputer dan kecerdasan buatan, dan menjadi hamba Allah yang lebih akur, taat dan merendah diri dengan kekuasaan-Nya. Maka banyak yang dikaji, makin terasa diri ini banyak yang tidak tahu, dan kerdil jika dibandingkan dengan ilmu Allah yang tiada penghujung ini.

Tajuk penyelidikan yang telah dipersetujui oleh pihak jawatankuasa dan penyelia;

"A Computational Model for an Ambience Robotic Agent to Support Long Term Interaction for Behavior Change Interventions in Unipolar Depression"


Hmm, termenung juga, mampukah diri ? Tapi, kita jangan sekali memandang rendah keupayaan kitakan? Belum cuba mana tahu. Insya' Allah, berkat doa semua, dan usaha yang telah dan akan diteruskan menjadi nadi perjuangan ini. Gambateeee! Berusahalah! (macam cerita jepun tu ye .... dengan aksi amoi cantik dengan tanda jari berbentuk "V"). Yapppp, perjuangan sudah bermula!

Friends, pray for me!. The board has been set, the pawn is moving, Let the game begins!

22 comments:

Fazrulls said...

Yess.. i belive you can make it and will gone thru all this.. Dr. Azizi... nice.. title.. the topic is fantastic... good luck bro... ingaat.. melayu boleh.. or malaysia boleh....
FYI - Nicole David just get her title "DATUK" hari sabtu lepas oleh gabenor P. Pinang.. heeee.. sorry ni iklan ja ni atau di panggil berita kaki.. heeee :)

Inah said...

suka baca entri ni!!pembakar semangat utk inah jugak :D

all the best for u bro :D

mazddaud said...

tahniah!!...tahniah!!...teruskan perjuangan yang baru bermula ni....I'm sure will pray for your success!

Zampeada said...

nampaknya ada masa tiga tahun utk aku praktis sebut Dokter Azizi... hehehe... tak bleh dah panggil abeji neh... hehehe...

:: NbC :: said...

waaaa, congrats..
proud of u lah bro..
;-)

Apit said...

tahniah, keep it up, proud to hear news..

Josh said...

Yeeaahhh!! Mai sini Josh belanja Marrybrown, nak?

Congrats bro. But then, it's only the beginning yah.

Cik Lee said...

Wah, tahniah Bro. Sejuta langkah, dimulai langkah pertama. Camtu la beza antara pensyarah kita dengan pensyarah luar. Teringat sesi pembentangan masa dulu-dulu. Mentang-mentang la projek kita tu jarang-jarang di buat, lepas itu banyak kekurangan.. bukan nak tolong, tapi nak sembelih orang jer. wakaka.. ada freshie pernah nangis depan kawang pasal kena 'kekoh' ngan pensyarah yang tak kawin-kawing sorang tu.

Anyway, good luck bro. Semoga tercapai cita-cita.

[danial][ma] said...
This comment has been removed by the author.
[danial][ma] said...

hej! azizi...congrats! a great starting point to your research...haiyoh...the topic on the depression...hope you won't get depress and stress...stay focus and remember sometimes you will get lost on the way but you know the path you are going to...congrats!what a happy and joy moment...:) Gambate!

from Dr.Danial...hehehehe..doktor ke? :)

arnaz said...

Congratulations and Good Luck...doa banyak2 sentiasa...work smart and hard. (I just passed my viva)

azizi said...

[fazrul] ~ it is too early to say anything, but a good kick start. thanks for the prayers. insya' Allah. well, the journey is about to be started. officially.

[inah] ~ you will be having a great one later - as well. insya' Allah.

[mazdaud ~ mazdavid?] ~ ,merci merci. jauh lagi langkah ni .....

azizi said...

[zampeada] ... alahaiiiii, tak payah2 susah... heh..heh..heh

[pinky] ~ merci merci. best of luck to you as well. perahu sudah berlepas, ayuh .....

[apit] ~ heh..heh..heh, thanks. ni org kata cari pasal kan? .... nak buat mcmana dah minat.

azizi said...

[josh] ~ ha ha ha.... ooo dok jauh baru nak belanja cik marry kaler cokelat tu ye... * sedap tgk nasi ayam tu ..., thanks josh, yup everything is just started, and it is a long way to go. I need to be constantly reminded of that.

[ciklee] ... thanks. langkah yg jauh dimulakan dgn langkah yg satu kan? .... i will do my best. Pray for me. yup, ciklee, heran benar dgn sikap individu yg terlalu angkuh dengan ilmu yg secoit cuma.

[danialma] ~ hopes i will not get depress - or otherwise i will be one of the samples of my work. heh..heh..heh... the new beginning, with a new hope.


[arnaz] welcome to my blog. thanks a lot. pray for me as well. btw, congrats to you too. hopefully my upcoming next 3 years to come viva will be a smooth one as well.

Inah said...

i dah tag u :)

Unknown said...

wah en azizi...congrat from salford here I come...tajuk thesis awak sgt teknikal...fuhhhh...within 6 months dah defends proposal yerk...mmg hebat...kami di sini within 15-18 months called as interim assessment...uhh..ala2 mock viva tu...i know ur blogs from kak lin ....staf u yg sama mcm en azizi gak..but fsk...

MISS J @Lagapas said...

Salam Pakcik Azizi..hikhik

Am totally happy for you. Tahniah2...Alhmdulillah , you have a good kick start there. Semoga berjaya for the next three years..Pray for me too..

;)

azizi said...

[inah] ~ tag mu sudah dilangsaikan ... tunggu giliran yeee ... ;-)

[blog from me .....readers] .. welcome. yup, harap2 semoga permulaan yg baik di akhiri dgn pengakhiran yang baik jua.

[miss j] ... welkomen. pakcik doakan kejayaan anda sama :-)

shahril aley said...

sempat lagi teringat amoi jepun seksi dengan sign "peace" - Gambateee...

all the best bro :)

azizi said...

[aley] .ha ha ha tu kan ikon kemenangan. wajib dlm mangga jepun

kak ja said...

Salam Azizi..Baru perasan komen kja tak terpublish pun!!! Penat ngarang je.. dah x ingat pun apa kja tulis.. Xpe, Azizi..tahniah.. teruskan usaha anda.. proud of u sbg sorang anak Melayu di bumi asing tu.. Semoga akan dipermudahkan segala laluan Azizi ke puncak kejayaan.. InsyaAllah, 4 thn lagi kita buat kenduri... hahaha..

azizi said...

[kak ja] - salam. thanks. pray for me as well. heh...heh..hehhh ... 4 tahun lagi boleh kenduri la ye ...ha ha ha ....