Umum mengetahui, pelbagai senario dan kebejatan situasi politik yang telah melanda tanahair tercinta - Malaysia. Entah mana silapnya, musibah demi musibah (dengan mengambil konsep teoritis musibah) atau lebih baik disampaikan - ujian demi ujian, yang kadangkala agak mencemaskan (atau saya yang terlebih risau gamaknya). Saya bukanlah seorang yang agak kritis dalam isu ini, atau terlalu fanatik memihak (saya hanya memihak kepada kebenaran).

Bila berbicara dengan sesetengah invidu yang terlalu taksub dan percaya dengan omongan jahil dan fitnah terhadap seorg hamba Allah ini, hati ini agak terkilan. Seorang hamba Allah ini pernah difitnah begitu rupa pada hampir 10 tahun lepas, dan sejarah yang sama telah berulang. Pengakuan mantan pemerintah telah secara jujur menyatakan seorang hamba ini telah difitnah dan di"bogel" secara halus pada satu ketika dahulu cukup boleh dijadikan landasan untuk tidak boleh percaya dengan apa yang telah berlaku sekarang. Telalu hina sistem keadilan kita, hinggakan kondominium yang belum siap, dikatakan telah siap .. dan tilam yang tidak mampu bersuara diusung sebegitu rupa. Apakah kesaksian ini dijadikan ukuran. Wallahualam (Hanya Allah yang Maha Mengetahui). Dari peringkat bawahan (rakyat marhem) hingga atasan, perasaan hasad dengki (PHD), fitnah, pilih kasih dan sebagainya umpama lumrah. Apakah asas ini akan dijadikan satu praktis dalam kehidupan kita ?. Apa sudah jadi! Apa ini ? Adakah ini akan menjadi satu amalan retorik negara?
Terlalu sedih, ...
selagi sikap tidak bertanggungjawab ini berlaku, sukar dibayangkan bagaimana coraknya Malaysia pada 2020.
- Apakah ertinya suatu ketamadunan kalau asasnya cukup hina?
- Apakah ertinya suatu keadilan, kalau hak telah dinafikan?
- Apakah ertinya pembangunan, kalau rakyat yang terpaksa memikul bebanan yang tidak tertanggung?
- Apakah ertinya harta setinggi gunung, kalau puncanya adalah aniaya pada orang lain?
- Apakah ertinya ilmu sedalam lautan, tapi setitis pun tidak diamalkan?
- Apakah ertinya kebebasan, kalau diri terpaku dibumi, hanya mampu melihat ufuk yang luas terbentang ?
hah, hati ini boleh sahaja berkata, pedulikan itu semua, yang penting aku selamat, buat apa pening-pening kepala. tapi, ada suara dalam hati pernah berkata "adakah hidup ini, akal ini, Allah anugerahkan hanya untuk diri sendiri lagaknya?" (haiwan pun berkonsepkan kemasyarakatan, lebih hina kalau kita, sebagai satu organisma yang paling kompleks di muka bumi ini hanya fikirkan - asalkan aku). Mungkin kita tidak mampu merubah secara mutlak, tapi secara kolektifnya, insya' Allah mungkin.
Sama-sama kita renungkan. selamat beramal :-) Sama-sama kita panjatkan doa ke hadratNya. Semoga negara kita aman dan makmur, dan adil. Anda mampu mengubahnya.
p/s: Sesekali biarkan lubuk hati ini menulis.
Sama-sama kita renungkan. selamat beramal :-) Sama-sama kita panjatkan doa ke hadratNya. Semoga negara kita aman dan makmur, dan adil. Anda mampu mengubahnya.
p/s: Sesekali biarkan lubuk hati ini menulis.
17 comments:
Apa nak buat.. politik sekarang dah sampai ke tahap melampau... hmm.. This Saturday ada seminar dekat EQ Hotel, Penang pasai Embedded Software Technology anjuran IEEE Malaysia dan Dell.. Pi dengaq ja lah.. if interesting i will share heee.. Orait..
Dah naik muak dengan "ahli2" politik di Malaysia ni sebenarnya, especially yg tengah berkuasa...kebanyakan mereka yg terlibat dalam politik hari ni hanya memperjuangkan kepentingan peribadi. Boleh bilang dengan jari yg betul2 sedia berkhidmat untuk rakyat...
[fazrul] .. melampau sampai terlampau. .. wahh, menarik seminar tu .. hmm, ..jgn lupa kongsi2 ye.
[maz] .. yupp, mual dgr cerita yg bukan2. baca media perdana - tak boleh percaya .. penatkan? ..
.. sama2 lah kita doakan yg terbaik. pernah tak doa utk negara ni? :-)
Insyallah, acttualy tengah dok cari topik2 yang boleh jadi minat, mana tau nak sambung PHD ka lepas ni... hopefully...
Tapi kalau kita jadi pemimpin lah sekarang maybe kita pun sama macam diaorang... pentingkan diri sendiri, buat duit banyak dulu supaya kemudian hari senang.. tak perlu kerja teruk2 kan...
Orait..
[fazrul] - insya' Allah doakanlah jgn dibolak balik hati ni jadi macam tu .. tak kaya pun tak apa .. janji hati bersih, cukup utk hidup n org senang.
~ kalau banding dgn kisah Umar Ibn Aziz dulu - ayooo jauh panggang dari gril bbq nye.
* nak buat phd? bagus2 ..
hej! azizi...that's politic...power greedy...well, for Malaysia case is already chaos...a lot of diversions from the main suffering of rakyat and the politicians just busy to think about their own political survivals...a bleak situation and future for all malaysians and its generation...yeah, we can't do much but we still can run away from it...still caring...just like to use this term very exotic...'cakna' (hope i use the correct word) and the word that you used, 'kebejatan' sounds very exotic and i never heard it...what does it mean? hope malaysians will be brave enough to go through this chaos stage and back to be strong and united...
ya...media perdana biasanya pro pemerintah...that's fact!what else can we say....
satu je saya selalu doa...jgn la jadi rusuhan ke..atau apa2 yg seumpamaannyalah...skill menembak dah lama hilang la..he..he..he..-)
why you asked me.."pernah tak doa utk negara ni?" tak nampak semangat patriotik ke saya ni..huhuhhuhuuh..
p/s if malaysia not safe anymore.....i will go and look for you at holland....boleh?..ha..ha..ha..
hey bro..u should see how media perdana react wit this..boley muntah ijau..adooii
i hate politics..but i have my own stand although i'm a goverment servant..hmmm
no further comment on this..cukuplah nak bgtau yang i had enough of this drama :(
[danial] ~ yupp cakna means caring .. very nice indeed. oo ok, kebejatan means - chaos bad behavior / immoral acts.
... so, i'm cakna! ..yepppii
[maz] ..wahh, smgt tinggi. bagus2 ..we need.
[inah] ~ yuppp, politics and drama .. kalah filem hindustan... cuma filem hindi ada lagu n hero / heroin hensem n lawa .. heh..heh..heh
hej! oooppp...not can run away...it should be can't...
hej! azizi cakna...:)
Jangan frust Aziz... abang lebih sedih melihat jiran kita Indonesia yg masih sakit tak pulih2 dari kerosakkan 1998.... kalau dia puliha kita akan pulih... senario politik kita adalah sama dan biasa kita lihat tapi di sana sangat memerlukan pemimpin yang kuat untuk stabilkan permeritahnya... fitnah dan rasuah adalah perkara biasa di sana...
I had this ill feeling about our political scenario in Malaysia. Nothing seems to be right. Even things that happened in the DUN also upset me.
sgt sgt risau bila baca berita politik di Msia... apa nak jadi..
(tetiba pening padahal keje sendiri pon poning dah ni)
:-(
[danial] - such a nice word - cakna -care .. hmm, cakna is a kelantanese dialect for caring .. i guess.
[abg bear] - yupp, harap2 semua pulih. siapa yg tak syg negara, mahu negara ranap...
[josh] - i do agree with you. wish we can do something - to make malaysia is a better place to stay.
... a simple deed we did will make a different - who knows?
[pinky] - tak apa, sekali sekala perlu ada rasa bimbang tu .. pada negara. kalau huru hara berlaku .. ayooooo ..
* fenin kerja .. heh..heh..heh itu sudah pasti ...
Salam Azizi,
Kja berbangga dgn Azizi.. mmg kja ternanti2 Azizi menulis susuatu yg mcm ni.. bukan sekadar satu luahan perasaan, keluh kesah sbg rakyat marhaen tp lebih jauh dr itu, kan? Kalau Azizi baca entries kja sekitar GE yg lalu, Azizi akan dapati bahawa kja selalu jugak menulis tentang politik, tp lebih cenderung kpd politik kepartaian kerana suasana pilihanraya pd masa tu.. (Hello!! kja aktif dgn kelab UMNO masa belajar dulu.. Skg..hmmm..)
Susah sgt ke nak mencontohi Khalifah 'Umar bin Abd Aziz.. kalau beliau boleh, kenapa tidak kita, kan? Kita boleh, kalau tak dipengaruhi angan2 dan cita2 menjadikan kuasa politik sbg batu loncatan utk menebalkan semua poket yg ada, bkn setakat poket sendiri malah poket anak isteri serta suku sakat lainnya..
(Aiyoo... jgn sampai kena censor dgn tuan rumah plak...!!)
Post a Comment