Wednesday, July 9, 2008

Nak Jadi Cerita ....... Al-kisahnya

Setiap minggu (atau 2 minggu sekali) @ kalau rajin :-), arakiannya berbondong-bondonglah warga residensi Uilenstede ini akan melaksanakan tanggungjawab mencuci baju @ "laundry time". Dengan mesin basuh dan pengering yg agak baru dan canggih (tapi arahan penggunaan dalam bahasa belanda), kerja makin senang (bermakna makin banyaklahkan lemak yang bakal menyumbat saluran arteri badan ini). ............ dan tak terkecualilah diri saya ini. (maklumlah musim panas sudah bermula, pakaian sukar untuk dikitar semula ...... ayoooo terbocor rahsia agung ini).

Menetap di paras 6, terpaksalah menggunakan lif untuk ke paras bawah tanah (tempat mesin basuh & pengering). Rutin macam biasa, ..... dan nak jadi ceritanya, bertemulah dengan seorang minah salleh yang taklah secantik mana (ha ha ha kecewa nampaknyaa). Di Belanda, penggunaan basikal adalah satu lumrah, jadi bukan satu keanehan untuk melihat mereka mengusung masuk basikal ke dalam lif. Masalahnya lif di blok A kediaman Uilenstede agak sempit, jadi agak bersesak jugaklah. ....... dan minah salleh ni menyorong masuk basikalnya ke dalam lif (sewaktu saya mahu naik ke bilik saya, dan saya sudah berada dalam lif - sesudah mengambil pakaian wangi yang telah dibasuh oleh bibik versi belanda itu). Terkial2 melihat dia memasukkan basikal (dan juga saya masa itu mahu ke tandas), niat ikhlas murni saya menahan pintu untuk memudahkan si minah ini memasukkan basikalnya (degil tu). Nak tahu dia cakap apa ? " I do not need your help!", dengan nada umpama memekik (hormon tak stabil kot masa itu).

Terkesimalah jugakkan ? ..... dalam perjalanan lif ke paras 6 (tiba-tiba terasa lama pula), lif berhenti dan momentum agaknya, tongkat basikalnya terkenalah kaki saya dan siap berdarah kaki (boleh tahanlah sakitnya), saya pun mengalih kaki, dan terusiklah sikit basikalnya. Ingatkan dia akan cakap "opsss, i'm sorry, are you okay?", tapi yang dapatnya "i've told you, i do not need your help" (yang kali ni tahap disibel lebih tinggi dari sebelumnya). Terkesima ? tidak untuk , pantang darah ini disergah oleh orang yang kononnya bertamadun ini yang tapi perangai orang utan lebih mulia agaknya. Marah balik ? oooo tidak ..... lagilah tak bertamadunkan. Dengan menghadiahkan senyum kelat-kelat pisang ini, maka berkatalah " i have no single intention to help such an annoying person like you. Could you please, next time - take another trip up alone or at least without causing other's leg to bleed" - sambil menunjukkan kaki saya yang dah berdarah (biasalahkan .... kasi dramatik sikit).

Apa dia jawab ? Tak ada jawapan. Terkedu (terkesima pun adalah kot) dan muka dia macam pucat (tau takut yee) ..... nasib baik bukan "Storm X-Men" .. kalau tak sah-sah kena panah petir saya dalam lif tu. Ni kiranya kali pertama darah muda saya menyirap di bumi kincir angin ini. Cukup pantang dengan orang yang ego tak bertempat dan menyusahkan orang lain. ..... Nak jadi cerita lagi, rupa2nya si minah mmg terkenal di blok ini tak suka orang berkulit warna ini (erti kata lain - 'racist macam arphateid la ni' - ingat dah pupus, ada lagi spesis gila ni) - ini jiran saya dari Brazil dan Mexico yang bagitau. Dia, kawan dan isteri dia pernah kena dengan minah ini (berdasarkan pencirian dan kata-kata yang agak identikal). Dan minah ini juga pelajar PhD di fakulti saya. heh.....heh....heh..hehhh tunggulah engkau. Ooooo ...racist ye .... Lain kali jumpa dia, nak tanya aja soalan ini "why you are so racist?" ..... ... Perlu ka? ..... Tak adalah, saja nak kasi entri kali ni nampak macam diselubungi emosi dan dramatik sikit. Kita tak perlulah menjadi bodoh macam dia kan?

Aiiiihhhh, macam-macam perangai orang. *nasib baik jumpa saya, kalau jumpa makcik joyah @ kiah yang mulut tak ada insurans, nahaslah kan.

15 comments:

kak ja said...

Salam Azizi,
Org mcm tu x deserve kebaikan org lain.. biarkan je.. Jgn tanya dia apa2 abt being racist.. deep down she knows dia mmg tak disenangi.. Manusia ni boleh berbohong pd semua org di atas mukabumi ni tp dia tak boleh berbohong pd diri sendiri!!

Biarpun parut luka di kaki Azizi tu dah padam, panas telinga dia pasti belum akan hilang akibat kena bahasa dgn SEORANG AZIZI!! Bravo, Azizi!!

mazddaud said...

Wow! boleh tahan juga pokcik ye..boleh sabar lagi walaupun org dah buat cam tu...salute you!!

i don't know what is my reaction if i'm at your place. what i can sure is....ada org lain juga la yg akan berdarah nanti..ha..ha..ha..

azizi said...

[kak ja] - salam, yup mcm tu lah gamaknye. pagi td terserempak dgn dia kat kwsan fakulti - tp dia siap pegi pegi jalan lain ..... . bila masuk dlm common room - nak refill coffee agaknya (bwk mug), nampak sy, dia siap tak jadi masuk. Gamaknya takut dgn byg2 sendiri....

[maz] ikut hati yg bara (pinjam kata2 kak ja), nak aje baling basikal dia tu ke bwh (wahh .. jd incredible hulk la pulak kan). tp, org mcm tu buang masa kita nak layan. a simple word will make a do. Kita tak suka perangai dia tu .... bukan dia sbg dia.

Unknown said...

Bravo!
Btw, is this the same gal u had problem with earlier???
Bring back the Lecka-lecka memory man!!!

azizi said...

yup ... the same gal. heh..heh..heh lecka lecka ... i still remember that. bet it will be forever.

[danial][ma] said...

hej! azizi...some of them thought they are too great and civilized! but not really...if me, i will kick her ass already...heeyyyaaahhhh...we cannot be so polite...

Inah said...

hehehe..hebatla bro azizi..boley senyum kelat2 pisang lagi :)

suka cara bro takel this stituation :)

p/s: ohh..bro kenal ye ngan abg hisham?

Apit said...

sabar bro..as you said earlier, may be "hormon tak stabil kot masa itu" think positive...huhu.

Josh said...

kalo josh, josh akan pura-pura tengok straight to her face, bila dia perasan tu Josh akan pura-pura nak muntah... Uweek.. camtu..
(kononnyer dia buat kita muntah)..

Pastu geleng-geleng kepala sambil kesat mulut kita. Not a single word will be uttered...

Hahahahahahaha.... (jahat kan?)

Fazrulls said...

Releks Bro..
Bukan kat Belanda ja ada benda2 ni.. kat Malaysia ni apa kurangnya.. Bagi sapa2 yang pernah kerja kilang sure tau punya...
Kalau Staff HR or FIN or apa2 department sure penuh ngan sebangsa ja.. so bagi budak2 melayu yang baru masuk kerja sure kena punya lah. ada banyak citer tapi malas nak ingat heee.. lain kali lah kalau ada masa.. hee.. mereka ingat kilang tu bapa depa punya ka apa.. heeee... Amboi marah nampak heee.. sajalah nak lepas2kan tension ni.. Orait.. bro jumpa lagi...

:: NbC :: said...

well, i know u, as expected - awk tak akan marah dia - tp semburkan skit ngan ayat2 sarcastic sambil tersenyum...

she deserved those words.. \:D/

azizi said...

[danial ma] ~ it is a bit unfair to generalize thing as a whole, but now it is what i'm thinking about so called "civilized thought" of those people. .... well, hopefully i will not encounter any of them - later.

[inah]~ senyum pisang kelat .. heh..heh..heh dlm hati baranya tuhan je yg tahu kan .....
* yepp, i know bro hisham.

azizi said...

[apit] ~ mmg kena byk bersabarlah kan .. kan separuh dari iman tu .... * kalau tak ..... dah kena reverse side kick minah tu .... kena saman esok ... habislaaa.

[josh] ...good idea. mmg nak muntah tgk perangai dia..... yaikkssss ...
skerg ni, kalau terserempak je, sy akan renung dgn pandangan nak makan je ....

azizi said...

[fazrul] .... heh..heh..heh takpe lepas tension kat blog .... no harm ... jgn lepas tension kat org - physically sudah .... naya kang. adatlah mana2 pun. yg penting kita jgn buat benda yg sama. pointless in life to have enemies. ~ so, how's the workshop?

[pinky] ..... kiranya kemaafan dendam yg terindah lah ni .... well, fight fire with fire sometimes work. this time, i just use a very cold water. mcm baling iceberg kat muka dialah kiranya.

Fazrulls said...

Hi Aziz,

Oo..sorry lupa nak update pasai workshop tu.. the workshop was excelent..actually sponser by Motorola & Dreamcather.. the topic regarding embedded system was good. Prof yang di jemput dari Singapore and their have their own group for this.. I will share on my blog.. dah tulis dah tapi tak sempat2 nak post.. sibuk memanjang.. heeee :)