Saturday, September 5, 2009

"Simple" kan!

Salam & Selamat Sejahtera,

Tanpa kita sedari, sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Maknanya, kita sudah memasuki fasa "pengampunan" @ magfirah. Moga kita dapat manafaat darinya.
Berpuasa di tempat orang tentu sekali tidak sama dengan tempat sendiri. Tiada rakan2 utk berkongsi makanan, kesukaran utk solat tarawikh berjemaah, tiada juadah istimewa, dan pelbagai perkara lain.

Sering juga orang bertanya, "macamana berpuasa di sana sedangkan awak seorang aja Malaysian kan tempat tu?"

Jawab saya, macam biasa. Saya masih teruskan apa rutin yang pernah saya buat di Malaysia. Mungkin tidak akan sama, tapi masih jua saya teruskan.

Nasi kerabu digantikan dengan croissant + cold slice, keju, tuna, salad
Kadangkala spaghetti, nasi goreng, "baked salmon", dan sebagainya. Memanglah teringat suasana dan juadah Malaysia, dan saya bukannya selama-lamanya mahu di sini.
Solat tarawikh berjamaah, sekiranya berkesempatan saya akan ke masjid menggunakan tram/train. Biasanya dilakukan pada hari minggu kerana perkhidmatan tram/train dipanjangkan hingga jam 12.30 mlm. (Sekarang musim panas, jadi waktu solat terawikh bermula seawal 10.30-11 mlm).

Orang bertanya pula " boleh ke hidup macam tu?"
Jawab saya "Apa pula tak boleh?"

Persoalan tentang ibadat dan sebagainya, kalau dikaitkan dengan budaya kita di Malaysia kadangkala menjadi terlalu susah. Tak ada salahnya budaya diasimilasikan, cuma jangan pula menjadi penghalang dalam melaksanakan perkara-perkara yang disuruh. Teringat satu perbualan dengan seorang teman pada musim sejuk tahun lepas

"Weh, macamana nak solat ni, waktu dah nak habis?" ..... Pada musim sejuk, jarak waktu zohor dan asar adalah terlalu dekat, jadi kita kena beringat untuk memastikan tidak tertinggal waktu.
Saya cadangkan padanya untuk solat dalam bilik persalinan atau di restoran. Tetapi beliau enggan kerana pandangannya ianya tidak sesuai. Sesuai erti kata kalau di Malaysia! Terpaksalah kami pulang ke bilik utk menunaikan solat.

Persoalan-persoalan sebegini kadangkala membuatkan suruhan agama itu menjadi terlalu rumit, sedangkan ianya amat mudah. Tiada masalah utk saya solat di KFC, di McD, dalam bilik persalinan, dalam keretapi. Yang penting perkara rukun ditunaikan. Isu solat bukanlah mesti berpakaian sebagaimana kita di Malaysia. Asalkan bersih (suci) dan menutup aurat. Wuduk boleh dibuat dimana2. Saya melihat kehidupan saudara seagama di bumi asing ini cukup mudah. Alhamdulillah, saya dapat berkenalan dengan beberapa saudara seagama berbangsa Belanda. Saya cukup tertarik dengan cara hidup mereka. Terfikir pula, adakah kita di tanahair menjadikan amalan terlalu susah? Berdebat pekara2 yang remeh, sedangkan perkara2 yang penting ditinggalkan. Ataupun pemikiran orang2 kita diacu sebegitu rupa sehingga hilang nilai sebenarnya dan keindahan agama?

Menjadi seorang muslim tidak pernah menghalang utk saya berfikir, menjalani hidup, bergaul dengan rakan2 bukan muslim. Itu adalah hanya halangan pemikiran yang jumud. Yang penting kita perlu tahu batasan dan adab, dan menghormati mereka, insya' Allah semuanya dipermudahkan. "Simple" kan? Banyak hikmah saya dapat bila memilih untuk datang ke sini.



Pakcik berkata-kata: "sempoi" aja.

16 comments:

丽 娜 said...

Kalau boring sgt join sj Msian undergrads kt VU tu.haha
Hmm, our people tlalu tbatas n strict dlm ibadah while aqidah diambil ringan.when it should be the other way round.

Inah said...

i learned a lot jugak bila duk sini..mcm mana nak solat dalam kenderaan..nak solat dlm bilik fitting room..huhuhu

eh pokcik..watla kuih sendiri..kacang je ;)

The Sometimes Speechless said...

bila kita jauh dari 'ruang keselesaan' baru kita tahu siapa kita sebenarnya, sejauh mana kekuatan diri kita. apa2 pun, semuanya bermula dari hati... it's good to know that you're still yourself :)

cik maz said...

bila agama dan adat/budaya dicampurkan maka jadilah ia sesuatu yg complicated...walhal Islam itu adalah agama yang mudah untuk dihayati apatah lagi dilaksanakan...

:: NbC :: said...

Azizi,
mmg ramai lg org2 kita bw mentality kampungan g merantau jauh2 - yg mudah saja di'complicated'kan. Islam kan mudah..? diorg lupa agaknye.

[danial][ma] said...

hej! azizi...yeah, live in a simple way, make life simple..but the fundamental things cannot be tolerated...enjoy your remaining fasting days...while you enjoy the last few days of summer, let's listen to "balik kampong' by sudirman...hehehehehheee...

n.yusoff said...

Salam and greetings to ALL,

Yup, that’s all true! Islam is easy to understand and practice. But what upset most is some of us have interpreted it differently, taking for granted out of that..With the excuse of “DARURAT” they just simply eat non halal meat, non mahram males and females living in the same house, and etc…basing on their from out of nowhere fatwas. At some points, they even regard our Shafie’s as too restricting and uneasy (Hey! where is your stand?). Sometimes we just tend to listen and follow things we only want to, with less thinking on the rational of hukum wisely. Just because others are practicing it, doesn’t mean it’s the best one (relatively in its own context).

I was once been asked by an arab Muslim friend, ..”why are you covering you hair, we’re in the single sex flat (all female tenants – muslim and non-muslim), is it because yours is Shafie?..”

So I leave you all with this one of answers from my curiosity list..I know there are different thoughts out of this you may have found..but this is clear enough to me!

“….dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya KECUALI kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau WANITA-WANITA ISLAM…” (QS. An-Nur : 31)

p/s: ..and now with the different practice among us the Muslims, how am I gonna explain that “brilliantly” to my FEMALE non muslim flatmates…hmmm..let me think!

Memanglah banyak kalau nak cerita, belum masuk bab pinggan mangkuk “Fine China” lagi…I know some people have perceived it differently.. but I got kinda feeling, something about thats just not right...(more to Fine China is NOT that Fine)…I don’t know!. (still seeking for best satisfying answer)..Pardon me. Luckily I have the opportunity to go out from my comfort zone, to where I am looking answers for life.. Peace! ^_^

mazddaud said...

knowing you, i know you can survive anywhere....even without nasi kerabu....hahahaha

kak ja said...

Seniors kja di varsity dulu, terpaksa solat di restrooms!! mujurlah tempatnya agak luas.. Syukur, bila kja masuk 1st yr, batch kami ramai, n MSD n Hi-Comm decided to sewa sebuah rumah yg dkt dgn campus sbg Msia Hse.. dptlah kami solat dgn lbh sempurna kat situ.. Itupun bg yg nak solatlah; kalau jenis yg tak solat, dpt tempat seindah mana pun ttp dia tak buat!!

Nak seribu daya!!

Zampeada said...

tahun ni tak tunjuk ke lauk pauk berbuka...?

azizi said...

lynawan > eh, kalau join undergrads sure byk party aja. i am too old for that. heh..heh..heh. ada ke undergrads malaysian kat VU ye?

inah > pokcik tak reti masak. reti makan aja. heh..heh..heh

speechless > yup. i believe so. alhamdulillah it will not deter me to being a modest muslim. :-) .... thanks

azizi said...

cikmaz > yup, sampai org pun konpius mana yg hukum mana yg adat. terlalu kompleks jadinya. tak salah, tp hukum dululah kan. :-)

nbc > ha'ah. kesian kdg2 tu. tp kalau kita cakap, mau kena balik. heh..heh..heh.

danial > yup, i couldn't agree more. you too, enjoy the remaining ramadhan

azizi said...

n.yussof > quoting you "Luckily I have the opportunity to go out from my comfort zone, to where I am looking answers for life." . yup, it is essential sometimes to see thing differently while retaining the foundation of it.

mazdaud > heh..heh..heh redah aja la kan. but without nasi kerabu? no way. :-)

azizi said...

kak ja > yup. kdg2 pening dgn org yg terlalu kompleks. heh..heh..heh.. tp asalkan tahu keutamaan mungkin okay.


zampeada > tahun ni tema caca marba aja berbuka. malas nak bawak kamera :-)

丽 娜 said...

ada.

azizi said...

lynawan - oh really, could you pls give their contact details ? email etc?