31 Ogos 2009. Hari negara menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 52. 52 tahun sebagai negara berdaulat. Satu usia yang panjang. Apa yang telah dicapai ? Apa yang bakal dicapai dalam 52 tahun mendatang ? Yang penting, jangan leka dengan apa yang telah ada. Perjalanan masih jauh. Walaupun kita mungkin berbeza dari penilaian, pemikiran, dan kepercayaan, tapi yang paling penting, sumbanglah sesuatu yang BERMAKNA dan YANG MEMBINA kepada negara. Mungkin perlu diingatkan kepada rukunegara kita.
Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah,
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tonggak dan menara kebahagiaan.
Kita datang bersama anak-anak yang sedia
menyanyi—sihat, teguh, bertekad dan berani.
Mengelilingi tasik, mendaki gunung, kita
mengajar mereka berjiwa besar dan berbakti.
Tanah air akan indah, megah dan bermaruah
jika kita sentiasa mensyukuri anugerah Allah;
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama.
Tanah air memberi banyak, mesra mendakap kita;
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti.
Dan kita sudah sampai di lereng indah, pasti
tetap mendaki juga, menyanggah musuh, menambah
kawan tanpa jenuh, khuatir, juga tanpa rawan.
Dan dalam alaf baru semangat kita wajar padu,
berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa—
bangga kerana merdeka, megah kerana bahagia.
Anak-anak kita bakal datang tangkas dan berilmu;
dan kita, dalam sejarah, bakal syahdu dan bangga,
kerana awan yang indah, lapis pelangi lebih mesra,
wajah diri dan inti peribadi kita tunjang bagi
kehidupan dan kemerdekaan bangsa yang sentiasa
sedia belajar mengerti dan tekun hidup bersama.
(A Samad Said, Hidup Bersama)

10 comments:
wahh..bangga ngan member eQ sorang ni...dok oversea pun ingat kat M'sia...
Salam and greeting,
Yup, kita mungkin berbeza dari penilaian, pemikiran, dan kepercayaan, tapi yang penting hidup mesti bermaruah dan berprinsip teguh, tidak lupa asal kita, menjadi dan mengambil contoh sesama kita...Signifikannya sejarah bukan hanya untuk dikenang, tetapi to see how mistakes became lessons.
Somewhere in London…
sexy half blonde lady: where are you from?
some girl: Malaysia (..proudly saying), and you?
sexy half blonde lady: I’m from Malaysia too.
some girl: Oooo..I see..(but I didn’t… ~annoying!! ~ eyes roll)
All the dreams and fights for my people, agama, bangsa dan negara..Peace!
"rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"....i really want to believe on this...;-)
eq - wherever i roam, malaysia is still my home sweet home. ;-) ....always be.
noraini - different thoughts and beliefs will not deter us to have a better place to be. ;-) hopefully, malaysia will be one of the most greatest countries to live in.
insya' Allah. peace!
lynawan - yup, hopefully it will not stay just a motto. insya' Allah!
time duk mesia tak le rasa sgt kan smgt patriotik tu... tapi bila dah duduk luar negara baru rasa Berkobar-kobar... tul tak? hehehe... speaking from experience gitu... hehehe
52 dah? masih relevan lagi kah menyambut merdeka pada tarikh ini...?
zampeada - eh, aku setiap tahun mesti sambut. termasuklah kes kena paksa sambut (SDG), kena berbaris (marching) ..heh...heh, negara kita, kalau tak kita, sapa lagi? ..... masih relevan.
tadelah maksud aku... malaysia tak merdeka pada 31 ogos 1957... itu tanah melayu.
malaysia hanya ditubuhkan pada 16 september 1963. patutnya itu yg disambut lebih meriah...
apa pun, satu malaysia... hehehe...
zampeada - oh, dulu pernah aku dgr org2 sabah n sarawak tak beberapa setuju dgn 31 ogos sebagai tarikh kemerdekaan.
- or kita kena sambut sama 16 sept 1963.
....
tahu tak pe... hehehe... bukan org sabah dan sarawak je tak setuju. tapi sejarahwan pun. apa lah... malaysia baru dlm 40 tahun lebih ditubuhkan... tup tup dah 52 tahun merdeka... cam tak logik ja... samalah jugak dgn 1malaysia tuh kan... konfius2...
takpa,
yg penting kita merdeka. :-)
Post a Comment