Salam & Selamat Sejahtera.
Maaf kerna tidak berkesempatan untuk menulis sesuatu utk sekian lama. Agak terisi dengan beberapa perkara. Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai di bumi Amsterdam, setelah hampir 3 minggu di Malaysia atas beberapa perkara. Pembentangan kertas kerja di Taiwan turut berjaya dilaksanakan. Beberapa pandangan daripada pakar memberi suntikan baru utk kerja penyelidikan saya.
Tentu sekali, sebolehnya saya ingin bertemu dengan seramai mungkin rakan-rakan sewaktu saya di Malaysia, tapi mana mungkin memandangkan waktu yang agak terhad, dan pelbagai urusan yang perlu dilunaskan. Saya memohon maaf kepada semua rakan-rakan, insya' Allah lain masa dan peluang saya akan cuba bertemu kalian. Bercakap tentang menunaikan hajat, ini mungkin kelemahan utama saya. Kadangkala kita dalam persimpangan, antara kepentingan diri dan juga permintaan orang lain. Cukup jelas dalam banyak perkara, dilema ini sering membuatkan kita dalam keadaan yang serba salah. Dalam agama Islam menuntut kita menunaikan hajat saudara kita selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum-hakam.
Berbalik kepada isu tunaikan hajat, setibanya saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol Amsterdam, saya telah mengalami masalah dalam menggunakan kad bank. Kad bank saya ditahan kerana dikhuatiri telah dipalsukan. Untuk mengaktifkan kembali kad, saya perlu kemukakan dokumen diri dan akaun saya di bank tersebut. Sudah tentu ini menimbulkan masalah kerana saya ketiadaan wang tunai untuk menaiki keretapi ke kediaman saya. Kad kredit juga tidak dapat digunakan kerana saya masih belum memberitahu mereka yang saya sudah pulang ke Amsterdam. Sebolehnya tidak pula mahu menyusahkan teman di sini. Dalam kepenatan dan juga termangu seketika, saya hanya merenung mesin tiket, dan berdoa semoga dipermudahkan urusan. Dalam beberapa minit, ada seorang lelaki berbangsa Belanda bertanyakan apa yg sedang saya alami. Ringkasnya, dia membayar tiket keretapi saya, dan memberikan 10 euro untuk saya untuk sarapan pagi.
Sekembalinya saya di kediaman saya, terus bergegas mengambil dokumen dan pergi ke bank tersebut. Malangnya, mereka memerlukan dokumen tambahan untuk mengaktifkan kembali kad. Dokumen itu perlu yang asli, tetapi saya tidak memilikinya kerana ianya telah diserahkan kepada pihak imigresen. Untuk ke sana, memerlukan temujanji, pada kebiasaannya memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari. Lusa pula saya perlu ke Itali untuk membentangkan kertas kerja saya. Alhamdulillah, saya terfikir utk ke universiti, dengan harapan mereka memiliki salinan dokumen tersebut. Di pejabat universiti, mereka baru sahaja berpindah ke tempat baru dan tentu rekod saya masih lagi di dalam kotak dan tidak tersusun. Tentu sekali ini akan menyusahkan mereka. Akan tetapi, setelah saya memberitahu masalah saya, mereka membantu utk mencari salinan dokumen tersebut. Alhamdulillah, dokumen itu ditemui. Bergegas saya ke bank utk menyelesaikan urusan kad. Setelah ke sana ke mari, semua berjalan lancar.
Jadi saya kembali ke pejabat universiti untuk memberitahu bahawa semuanya telah selesai dan membelikan mereka pai epal sebagai tanda terima kasih atas susah payah mereka mencari fail saya. Hajat saya mereka tunaikan. Saya turut menelefon lelaki tadi bagi mendapatkan nombor akaun banknya utk membayar balik wang dia. Dia enggan menerima wangnya dibayar balik, tetapi katanya, gunakanlah wang itu untuk membantu orang lain. Hajat saya beliau tunaikan. Sewaktu saya hendak pulang dari universiti, saya ternampak seorang perempuan tua terkial-kial membayar tiket keretapi kerana ketiadaan kad bank (kebiasaanya masyarakat di sini menggunakan kad utk sebagai medium pembayaran). Tanpa berfikir panjang, saya membelikan tiket untuknya. Mungkin ada sebab mengapa Allah ketemukan saya dengan dia, dan juga memberikan saya pengalaman yang menarik pada pagi itu. Ucapan dank u wel (terima kasih banyak-banyak) berulangkali darinya membuatkan saya terfikir tentang betapa peri pentingnya tiket itu kepadanya. Tentu sekali bukan nilai wang sebagai ukuran, tapi sejauhmana hajat itu dipenuhi.
Walaupun dalam kepenatan, saya amat bersyukur kepada Allah atas pengalaman yang menarik ini. Terfikir sejenak, mungkin selama ini kita menjadi terlalu pentingkan diri sendiri sehingga tidak lagi mahu menunaikan hajat saudara kita. Tentu sekali kita kadangkala tidak berkemampuan, tapi sekiranya mampu, apalah salahnya ditunaikan hajat saudara kita. Sekiranya tidak, berhemahlah dalam memberitahu ketidakmampuan kita.
Semoga Allah kurniakan kita semua hati yang mulia. Insya' Allah.
Pakcik berkata-kata: "perkara yang mudah, tapi dilakukan dengan niat yang baik dan ikhlas memberi makna yang cukup besar, kepada yang memberi dan yang menerima". The good samaritan, the unsung hero. Be one of them.

19 comments:
at last...ada gak cite baru...hehehe
hej! azizi...sorry to read your ordeal...it's really hard when we are in the foreign land and help will come when we ask from HIM...and i have one wish, to fly to amsterdam again...eeerrr, ca you buy me the flight ticket...hehehehe...;-)
hehehehe..i have a wish too!! i wanna go to amsterdam :P
anyway..be good to people and people will be good to u :)
good luck for ur future mate!! :)
rasa mcm nak gi amsterdan nak jumpa azizi je...heheh
tunaikan hajat ... tersentuh hati bila baca kisah yang pakcik lalui.. such a great experience utk dijadikan renungan & ikhtibar bersama.. semoga segala niat baik kita dipermudahkan .. InsyaALlah ..
yer..yer..aku setuju tuh, hati yg mulia tuh akan mendatangkan banyak kebaikan....
Alhamdulillah semua berjalan lancar..buat baik di balas baik..begitulah hukum alam..
terkedu baca kisah ni...anyway, itulah kuasa "doa"...
sebut Schipol Aiport, alahai...terasa nak pi lagi kat sana....tolong "doa" kan ye...mana tau tahun depan aku sampai lagi...hehehehe
pokcik.. i know u r a very good guy.. orang yang berjurus katanya.. orang baik2 ni sering dipermudahkan setiap perkara.. betol tak??
ingat lagi how u help one guy kat KFC dulu tu.. kalau ada anugerah nobel.. i bagi kat u..
cheers.
xoxo
arep
In the end only kindness matters and it's simply contagious....
interesting blog, u have. keep writing! :D
a beautiful reality.penuh nilai2 murni dan pengajran.
Hi GG.. First time aku komplen kat sini rasanya.. haha.. aku teringat hari tu ko ada tlg sorang mamat masa bawak kami jalan2 kat amsterdam. Ko ada sedekah duit utk top up tambang mamat tu. walaupun mamat tu nmpk mencurigakan jek, tp ko tak buruk sangka. Sbb tu bila ko susah, mudah je org tlg.. Insaf plak aku tiba2. Betul2.. kdg2 mmg lebih dari mampu utk menolong cuma hati yg tak berapa bersih yg jadikan benda tu berat.. huhu
-syida-
Kja selalu berpesan pd anak2, kalau di dunia kita lapangkan dan permudahkan urusan sesama manusia, insyaAllah di alam sana nanti Allah swt akan lapangkan urusan kita pulak..
salam & good day to all;
yup i believe in good deeds. no matter what. another side of us is always saying no, but the final say will make a do. it is not easy, but insya' Allah, Allah will pay.
Alhamdulillah
ingat maksud al-Quran ;
"Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, InsyaAllah Allah akan tunaikan hajatnya di dunia dan di akhirat".
thank you ustaz mohamed. really appreciate that.
saya sebenarnya serba salah bila dapati masa untuk azizi dan saya di kuala lumpur tidak dapat tertunai walau sesaat bertemu. saya terfikir antara hajat dan tunaikannya. saya percaya azizi juga begitu.seba salah.
dr hashim - tak apa. sebb waktu agak padat. nanti bila ada kelapangan pulang boleh minum teh tarik nanti.
Post a Comment