Friday, September 26, 2008

Sempena Syawal

Salam dan selamat sejahtera

Alahai, nak menyambut aidilfitri pun kena tag jugak. Yang ni pulak tag melalu e-mail, aci tak ni?

3 pengalaman yang takkan dilupakan semasa berpuasa masa zaman kekakanak dulu
  • Pertama kali puasa (masa tu umur 7 tahun), masa tu terasa yang hari berlalu cukup lama. Boleh kata jam dinding di rumah selalu sangat dijenguknya. Sampaikan azan asar pun boleh teringat maghrib
  • Tertidur di tangga sebab terlalu penat. Ni kes balik sekolah (yelah di sekolah main tak ingat dunia ...... ha ha ha).
  • Minum air bandung + lengkong hampir satu jag waktu berbuka. Lepas tu mula membuntang malas nak terawikh ........
3 pengalaman yang takkan dilupakan semasa berpuasa bulan ramadhan tahun ni;
  • Berbuka di pub. heh heh ... tolong jawab sikit. Rasanya habis puasa satu hari tu. Alkisahnya lepas mesyuarat di Rotterdam, kami semua balik, dan budak2 dutch ni katanya nak berehat kejap di kafe, tapi tak jumpa . Nampak pub, diorg masuklah. Masa tu waktu berbuka pun dah dekat. Berat hati. masuklah jugak. Akhirnya berbuka dengan "hot chocolate" dan fish n chip. Alahai, tak best langsung rasanya waktu tu.
  • Cubaan memasak. ha ha ha ambik kau. Ni masalahnya tangan bangku bab-bab memasak ni . Tapi rasanya hikmat memasak ni makin meningkat nampaknya. Boleh masuk dalam CV ni ...:-)
  • Pertama kali berpuasa dalam musim panas. Sahur pukul 3 pagi, berbuka 9.30 malam. ha ha ha ..... kalau zaman kanak tu sah2 puasa yok yok ni.
3 juadah berbuka yang anda teringin tapi tak dapat;
  • Nasi kerabu + ayam percik + laicikang
  • Nasi kerabu + ikan terubuk bakar + air tebu segar
  • Nasi kerabu + ayam/ikan goreng rempah
3 lagu raya yang anda minat; * aisyeh, banyak yang pakcik minat ni, tapi yang paling mantap. Boleh tambah lebih tak ?
  • Semua lagu raya nyanyian , Datuk Siti Nurhaliza ~ terutama (Sesuci lebaran & airmata syawal) - ni tangkap jiwang la pulak kan ..... sekali sekala
  • Lebaran ini, - Raihan, Rem, Ajai
  • Dendang Perantau - Allahyarham Tan Sri P Ramlee * lagu tema tahun ni .... ha ha
3 perancangan anda utk hari raya nanti;
  • Pergi kelas. pagi2 raya ada kelas. ha ha ha ........ (tp prof tu dah bagi pelepasan. masih 50-50 lagi ni). Kalau tak akan ke masjid utk solat sunat aidilfitri.
  • Pergi kedutaan ~ menumpang belas kasihan (kena buat muka welfare ni)
  • Pergi jalan-jalan raya kat rumah sapa-sapa yang sudi ajak
3 juadah raya yang anda minat; * sob sob ... isk isk .... jgn tanyalah soalan sensitif ni .... ha ha ha
  • nasi dagang (yang ni mmg best)
  • lontong dengan sambal udang + nasi impit
  • sate, segala mcm sate
3 perkara yang rutin anda tak berpeluang buat utk raya ni
  • Tak boleh bagi duit raya ~ jadi pelajar mana boleh bagi duit raya kan ? ha ha ha ....
  • Tak boleh rasa nasi dagang masakan emak saya dan lontong masakan kakak saya (oohh tidakkkkkkk.....)
  • Tak boleh boleh beraya di Malaysia ...... (errrrr sapa yang sudi taja tiket sila hubungi saya ye).
Nasib baik soalan mudah, kacang aja ni. ha ha ha ....hmm, kepada rakan2 blogger semua, saya Azizi dari bumi Amsterdam, Holland ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam aidilftri dan maaf zahir batin. Ucapan ini juga ditujukkan kepada ibu bapa, ahli keluarga, semua rakan dan sesiapa yang mengenali saya (alamak ... dah macam ucapan dalam TV la pulak kan ..layannnnnn zassss!). Semoga perayaan kali ini meriah tapi tidak melanggar syariat. Selamat menyambut aidilfitri!

"Apa yang diharapkan, sambutan aidilfitri ini bukan sekadar kegembiraan dan keseronokkan, tapi mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Takbir bergema bukan sekadar memeriahkan suasana, tapi lebih kepada menzahirkan kesyukuran dan menganggungkan Allah SWT. "

"Kunt u een aardige viering Aidilfitri hebben.
Droevig voor al het verkeerde doen'


Pakcik said: Sometimes when we are a distant away from our, family and Aidilftri routine, we will miss many things. How about, instead of thinking about what you're missing, try thinking about what you have that everyone else is missing. Sounds cool, isn't it?

21 comments:

Mr. Arul said...

Sedihla dengar... Anyway, enjoy ur raya overthere kay.. Kitaorang kat sini makan pun mesti ingat Azizi kat sana... Thanks for being very cool blogger to me..

Inah said...

cubaan untuk fikir ape yg kite ade..dan tiada pada org lain..huhuhu..gagal :(

i missed my family so much :(

azizi said...

[daff] - thanks. but u kena pos rendang, lemang, segala whatnot tu ke sini. ha ha ha .....

[inah] ... ooo jgn sedih2 inah. semua org rindukan keluarga mereka, termasuklah yang menulis ni.. huarghhhhhhhh .... (errrmm termenangis kaaa?).

Inah said...

termenangis ke??huhuhu :P..be strong pokcik!! :D

nak duet raya!! :)

200 dollar aud pun jadik la..dah boleh beli tiket balik malaysia dah :D

Fazrulls said...

Salam,

Aalahai, kesiannya dia tahun ni raya kat sana.. tak pa .. apa nak buat kan.. tapi best apa sekali sekala di perantauan.. so ada hantar ucapakan tak kat mana-mana suratkhabar??? heeee..

Ok, kesempatan ni mengucapkan salam lebaran dan maaf zahir dan batin... sepanjang pertemuan kita..

rerama salju said...

Salam azizi,
I suka apa yang"pakcik said" tu...macam statement mengubat hati sendiri jer..hehehe...

Selamat Hari Raya again...and kelakar pulak rasanya bila u teringin minum "air tebu segar" segar yang tak tahan tu...hehehe..

sabar na.....kejaaaaaaap jer lagi ...

Zampeada said...

amboi soklan ala2 utk majalah URT* gitu... huhuhu... awat tak letak gambar posing "Saya Bukan Seksi"... Hehehe...

Unknown said...

Salam,
Kesiannya...itu semua dugaan.Mungkin dugaan ini Allah berikan untuk kita gunakan dimasa hadapan bila berkeluarga nanti. Kalau dapat internal local people..ok lagi, tapi dapat external + international the same things will happen. Masa kita dulupun mcm tu,masa bujang x pernah raya kat rumah org lain sorang2 tapi bila dah kahwin...bila dengar takbir raya...nangis habis(berlaku every time balik kg. my hubby)...hanya kenangan yg mengubat duka.
Dengan ini Selamat Aidilfitri, ampun maaf dipinta. Raya nie beraya di KL aje (best x jam-boleh baring atas jalan...kalu berani).
P/s:skrg belajar boleh cuti bagi duit raya..nanti dah jadi doktor...value duit raya kena up sikit.

Take care.

azizi said...

[inah] ..ha ha ha takdelah, just kidding .. orang kata penyedap rasa :-)

[fazrul] ..yepp, me too -salam aidilfitri, maaf zahir batin atas salah dan silap.

[rerama.salju] ..ha ha ha .. tu ayat2 sejuk hati. sini air tebu tin adalah, tp yg segar - no way. :-)...

[zampeada] .... mcm artis jugaklah kan .... heh..heh..heh "seksi bukan imej saya" - a ha ha ha ... tp ambil gambar separa !@#$%. artis malaysia. :-)

[rosliza] ....heh..hehh...heh anyway selamat hari raya utk u sekeluarga. maaf atas salah & silap.
* pstt ..jgn baring2 atas jalan ye .. nanti hilang la sorg sepupu ku ini. :-)

Fazrulls said...

Salam Bro,

Raya hari ni ka? 30 Sept?
Orait.. Selamat Makan Kuih Raya Belanda....

Ehh if you Skype or YM id please add me - fazrulls

Salam..

Inah said...

duet raya duet raya :P

mangchikla said...

hmm... When u mentioned the pub, I remembered reading (or was it someone who narrated to me? Getting senile..heheh jgn bagi tau pi*ky, muekekek)about Hassan Al Bana, the founder of Ikhwan Muslimin used to go into pubs. Die pon bercakap cakap ngan hamba Allah kat sini dan kebanyakkan dah putu asa dan terasa kehidupan ni kosong. So he guided back them back step by step. Perhaps u going therer was not in vain but to be enlightened. Anyway.. nice beard..heheheheh)

mazddaud said...

salam,

amboi!! baru beberapa ari tak jenguk kat sini dah ada lagu kat blog ni ..tambah berseri2 lah ye "raya ini tahun"...he..he..he..

tak tau plak siti byk nyanyi lagu raya...so far yg tau nazam lebaran je...:-)

ps: tgh sedih ni...esk dah kena kerja...huhuhuhu....cuti satu ari je...

MISS J @Lagapas said...

Salam Pakcik Azizi...

Sana raya 30th jugak ke? Jehan tak dapat menerima kenyataan itu tau takk!! Makanya, hanyalah memakai baju tradisional harini seawal 4 pagi (UK time) sebab nak raya sama macma family back home. huhu hebat tak?

anyway..jehan nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..Semoga raya di perantauan masih bermakna..(not applicable to my case!) Well, happy2 kan lah diri. Dengar lagu raya sudaa....;)

p/s:big fan of siti nampak?? heee

azizi said...

[fazrul] ..... salam bro,
salam eid al mubarak.
... btw, bola mcmana? sapa menang?

[mangchik] ...salam. i went there for the sake of having my meal :-) .... not having other intentions~ ...i am a good boy! ... a descent one. heh...heh....heh (keluar tanduk dah ni :-))

[mazdaud] .... mood raya kena ada. siap beraya sakan (sakan kaaa?) ... 2 days in a row. takdela buat kejer ni kat malaysia dulu.
.....

[miss j] .... salam. ooo sini raya 30 sept jugak. tau pun last minit ... kelam kabut rebus ketupat, masak rendang ... bakar sate .. ha ha ha ..... (semua itu khayalan semata-mata) ... :-)
.... samalah, siap beraya sakan 2 hari berturut..... kat mana kita beraya, adat n benda yg elok tak perlu dilupakan kan? ....
~ enjoy your raya!

mangchikla said...

Never for once doubted u dude!

"Verily, along with every hardship is relief ..and to your Lord(alone) turn (all your) intentions and hopes (Holy Qu'ran: The Opening Forth, 5&8)"

Hmm.. u should have quoted this surah to Pinky on her second last en3, Sept 26...

:: NbC :: said...

sempat lg ber tag raya.. hehehhee

psssst, u know lah Mangc*** mmg da nearly senile.. almaklumlah da tu*..

* To Mangchik, thanks..

mazddaud said...

salam...

happy birthday pokcik!!!!

semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya selalu....amin

Najib Ariyan Ali Basha said...

Azizi...

Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran .....kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia.... semoga persaudaraan kita kekal dan sentiasa dalam redha Allah.....

Ketupat diletak di atas para
Rendang diletak di bawah titi
Andai ada tersilap bahasa
Maaf dipinta menyusun jari

Adat jauh kata mengata
Adat dekat puji memuji
Andai ada tersilap kata
Maaf dipinta sepuluh jari

Sungai disusur sepanjang sehari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin dari Abang Bear

wassalam

MISS J @Lagapas said...

Salam Pakcik Azizi...

SELAMAT HARI JADI!!!! yay..kite sama2 semakin tua...semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya dunia dan akhirat, dan bahagia di samping keluarga dan orang tersayang...

Semoga berbahagia di hari ini.... ;)

daripada,
Miss J (yang masih muda....)

p/s: berapakah umur pokcik? huhu

azizi said...

[mangchik] ...i know! ..heh..heh..heh and thanks for e thought.

[pinky]... heh..heh..heh ni buat tag team utk kenakan mangchik ke ... :-)
tak baikkkkk ... .he..heh..heh

[mazdaud] ..heh..hehh.. thanks!

[abg bear] eidul al-mubarak utk abg bear sama .... semoga dirahmati hendakNya.

[miss j] ..yaa merci! ... kita kena buat kelab oct 4th ni ...
umur ? baru 17 tahun ..ha ha ha ..