Salam dan selamat sejahtera,
Dalam kesibukan menjalani kehidupan di perantauan, sedar tak sedar, sekarang saya berada di tahun akhir program PhD dalam pengkhususan Kecerdasan Buatan dan Sains Kognitif di Amsterdam. Waktu berlalu terlalu pantas, umpama rasanya baru setahun tiba di sini.
Satu perasaan yang tidak mampu diungkapkan.
Mana mungkin untuk saya boleh lupakan kenangan di bumi bawah paras laut, bumi tulip, dan bumi kincir angin, Belanda ini. Tanah di mana pelayar zaman silam merantau segenap ceruk bumi untuk menguasai perdagangan, dan ekonomi dilahirkan.
Dalam kesibukan menjalani kehidupan di perantauan, sedar tak sedar, sekarang saya berada di tahun akhir program PhD dalam pengkhususan Kecerdasan Buatan dan Sains Kognitif di Amsterdam. Waktu berlalu terlalu pantas, umpama rasanya baru setahun tiba di sini.
Satu perasaan yang tidak mampu diungkapkan.
Mana mungkin untuk saya boleh lupakan kenangan di bumi bawah paras laut, bumi tulip, dan bumi kincir angin, Belanda ini. Tanah di mana pelayar zaman silam merantau segenap ceruk bumi untuk menguasai perdagangan, dan ekonomi dilahirkan.
Mungkin juga saya pernah bertegur sapa dengan keturunan yang pernah menguasai bumi Melaka suatu ketika dulu.
Mungkin keturunan yang sama, mengajar saya erti berterus terang.
Mungkin keturunan yang sama, mengajar saya erti kesungguhan dalam menguasai dan mencipta ilmu.
Mungkin keturunan yang sama jua, mengajar saya apa itu belajar dari kegagalan dan menjadi yang terbaik.
Sehingga hari ini, walaupun banyak notasi negatif terhadap masyarakat ini, saya pasti ada satu sebab (dengan izin Allah jua) negara yang kecil ini mampu menguasai dunia moden dengan kemajuan teknologi dan pengetahuan mereka, sebagaimana moyang mereka pernah menguasai dunia lampau. Formulanya mudah, dan agak klise; tekun, kerjasama, berfikir dari pelbagai sudut dan keterbukaan idea. Kebanyakkan idea dikongsi, tidak kira walaupun individu hanyalah pelajar, atau naib canselor.
Alhamdulillah, daripada mula hingga sekarang, tiada sekelumit rasa kesal memilih bumi Belanda sebagai tempat menggali ilmu untuk mengubah nasib umat Islam, dan juga rakyat Malaysia. Ketekunan dan minat mereka dalam apa jua yang mereka lakukan - menjadi tonggak kejayaan mereka.
Umumnya, boleh saya katakan mereka ikhlas dan jujur dengan ilmu yang diberikan (walaupun mempunyai pengertian yang berbeza dari sudut agama). Tatkala kita di bumi sana masih lagi bercakap pasal pangkat, masih mengadu domba, masih berfikiran cetek, masih tiada jalan penyelesaian, meletakkan sesuatu pada yang bukan ahlinya, mereka terus melihat ke hadapan.
Saya doakan semoga Allah turut tetapkan minat saya dalam meneroka dan mengembangkan ilmu yang membawa manfaat, sebagaimana (malahan lebih) masyarakat ini melaksanakannya.
Dan juga, doa moga Allah berikan sinar iman kepada mereka semua. Amin.
(Intertain Experience Home Lab oleh pepijn borgwat di Vimeo)
(* oh ya, itu saya menjadi bidan terjun bersama rakan-rakan untuk video promosi aktiviti penyelidikan di makmal di mana kami menjalankan kerja penyelidikan- jangan gelak ye..... pelakon teramat amatur - dan paling gelap.. ha ha ha (^_^) )Pakcik berkata-kata: "Sudah-sudahlah bersengketa, orang lain sudah mahu ke planet Marikh, kita masih sibuk dengan perabut apa yang dibeli jiran" :-)

10 comments:
Bertuah abg gg sebb dapat mencari ilmu di bumi belanda. Bukan semua org dpt peluang mcm ni kan. Good for your Phd! Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan agar sentiasa di atas jalan-Nya! Amin.
sgt bangga ada 'classmate' cerdik cam mu gg.InsyaAllah usaha dan niat murni GG akan tercapai.Ttg orang kita, entalah terlalu mengejar 'duniawi' dan rasa apa yg ada dlm genggaman semuanya hebat sedangkan ilmu didada hanya sebesar kuman.
teramat gembira sbb my adik akan menjejek bumi Malaysia lagi...dan yg satu lagi teramat gembira my adik tak lupa diri..sedar dia pelakun paling gelap..so that dia tak jadi terlebih mat salleh dr mat salleh sebenar...welcome home dear bro..let me have the ph.d pulak..hehehe
ninie - thanks. ;-) doakan yg terbaik.
cikja - insha'Allah. moga2 kita jgn jadi org seperti itu. all the best to you too.
sis zon - ha ha ha...wait a minute,
black is beautiful! (kih kih...). miss you too, and everybody back home. (and nasi kerabu bla bla)
Boleh masuk Anugerah Skrin ni.. Pelakon yg baju kemeja belang2 hitam tu boleh menang "Pelakon lelaki Malaysia terbaekk" hehe.. informative video
apit - ha ha ha ......mesti kena baling botol dgn org ramai ;-)
Wah, dah nak jadi Dr. good luck for the final leg!
p/s : that's really a cool and intelligent lab
lynawan - thanks! ;-)
berbakat yea.. *ketawa golek2 sambil peluk teddy bear*
zampeada - ha ha ha ......
Post a Comment