Insya' Allah, kita bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat. Bulan yang sentiasa ditunggu dan dinanti oleh semua Muslim di seluruh dunia. Mungkin kalau saya di tanahair, solat terawikh di masjid, pasar ramadhan, majlis ilmu akan menjadi sesuatu yang sinonim. Tapi, mungkin tidak untuk kali ini. Untuk Ramadhan tahun ini, saya akan berada di Amerika Syarikat dan Kanada hampir sebulan untuk pembentangan dua kertas kerja hasil penyelidikan saya di seminar "Cognitive Science Society Annual Meeting 2010","Active Media Technology and Brain Informatics 2010" dan mengikuti program pertukaran penyelidik kedoktoran di salah sebuah universiti di Portland USA.
Kalau pada kali pertama saya di sini terasa agak pelik untuk menjalani ibadah puasa kerana keadaannya amat berbeza. Tapi, kali ini (serta tahun-tahun sudah), saya lebih merasakan kelebihan yang sukar untuk dilafazkan. Mungkin kerana usaha yang perlu digandakan dalam memastikan ibadat puasa dilaksanakan sebaik-baiknya. Menjaga solat, menjaga adab, dan sebagainya. Berada di perantauan menuntut saya memahami konsep sebenar dalam melaksanakan itu semua. Bukan kerana majoriti melaksanakan, dan saya perlu buat. Tetapi mengapa saya perlu buat. Kenangan tahun sudah, hampir setiap hari mengejar tram, berbasikal sewaktu hendak menunaikan solat tarawikh (serta waktu pulang - kerana itu adalah tram terakhir) di bandar Amsterdam, serta berbuka puasa hanya dengan air kosong semata-mata mahu menyelesaikan kerja di makmal (dan tidak membawa bekalan berbuka). Tambahan pula di musim panas, waktu sahur adalah sekitar 3 pagi, dan berbuka dalam sekitar 9.30 malam. (Diuji pula dengan pandangan mata, maklumlah musim panas :-) )
Insya' Allah, walaupun ramadhan kali ini, rutinnya mungkin berubah, tapi akan diusahakan juga untuk melaksanakan ibadah khusus dan umum di bulan Ramadhan ini. Mungkin juga saya akan menempuh pengalaman yang menarik.
p/s: Di Belanda, satu program khusus menyambut bulan Ramadhan akan diadakan oleh Kerajaan Belanda, yang dipanggil Ramadhan Festival 2010. Pelbagai acara telah diatur dalam usaha menggalakkan toleransi dan pemahaman di kalangan Muslim dan bukan Muslim.
Untuk semua, saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-mubarak. Semoga Ramadhan kali ini adalah jauh lebih baik dari tahun sudah. Insya' Allah.
Pakcik berkata-kata: "Verwelkom heilige maand ramadan. Ik wensen alle muslims een mooie vasten maand, (Ramadan betekend met elkaar delen!)" :-)

9 comments:
salam ramadhan...
azizi...u achieve more n more right? very good researcher, n i'm little bit envy of u.. hurm~ mahu mencapai kejayaan itu, tapi still looking for the correct place to start everything... akma dah complete master kt korea, tunggu convocation and balik berkhidmat kat sana. sometimes rasa nak continue terus, tapi takut tersilap langkah..kalau ada nasihat berguna, sharekan untuk akma....
anyway, all the best in canada and usa...u are better than before :)
selamat berpuasa,
assalamualaikum :)
Salam ramadhan bro jijie....
sekalung tahniah atas pencapaian anda...sebagai warga UUm,saya turut menumpang bangga...dgn pencapaian anda..dan alhamdulillah tidak ada sekelumit perasaan cemburu sebab aya tahu kemampuan saya yang bezanya langit dengan bumi berbanding anda...Cuma seronok tgk anak Malaysia yang sangat berdedikasi seperti anda....mudah2an...anda terus menjadi pemangkin motivasi untuk saya dan suami di sini...insyaallah!!!!!!!!!!!
ramdhan festival? sila buat laporan nanti ya...
Selamat berpuasa abg gg. Semoga tabah hadapi puasa di perantauan.. :-))
It's an inspiring journey of one Malaysian of the humblest kind. Ramadhan Kareim and may you be blessed.
Wah busy Ramadhan nampaknya tahun ini,all the best to you,semoga tercapai segala yg dihajati...
p/s:cabaran musim panas dah berakhir kan?lega....:-))
akmal - oh, it is nothing much. but alhamdulillah, all prayers from my parents, family and friends have made my life even better. Just do the thing you enjoy most, and you will feel better. insya' Allah.
intan - thanks. Alhamdulillah. semoga intan n hubby turut mendapat kejayaan. insya' Allah. amin...
berkat doa semua.
zampeada - aku mungkin tak berkesempatan utk hadiri Ramadhan Festival tu sbb di tempat lain.
ninie - thanks. samalh, jgn ponteng posa... :-)
jumper - oh, thanks. hope i can do something better to our ummah. amin. ramadhan al-mubarak
r.salju - itulah. tp alhamdulillah. cabaran musim panas makin kuat skrg ni...heh..heh..heh
Post a Comment