Tuesday, August 31, 2010

Lima Puluh Tiga @ 53

Salam & Selamat Sejahtera

31 Ogos 2010 merupakan tarikh ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 53.
Kalau diukur secara relatif umur manusia, mungkin negara kita sudah bertaraf datuk.
Tetapi, mengikut usia perkembangan negara, boleh dikatakan Malaysia merupakan negara yang agak muda.
Apa yang negara kita telah capai?
Mungkin anda semua ada jawapannya. :-)
.....
Dengan perancangan negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara ekonomi maju, usaha dan tenaga kita semua adalah amat diperlukan.
Perbezaan politik, fahaman, dan sebagainya perlu dikurangkan dan jurang diantaranya sebaiknya tiada dalam memastikan usaha kita menjadi negara dan bangsa bermaruah dan maju tercapai. Jangan jua dinafikan dan ditindas hak orang lain. Belajarlah untuk lebih jujur
dalam melaksanakan kerja dan amanah.
......
Maaf, tiada istilah rasis dalam kamus hidup saya.
Jauh sekali mendiskriminasi fahaman dan pegangan individu lain.
Yang paling penting, adalah saling memahami, dan hidup harmoni.
Sejarah dan pengalaman negara lain banyak memberi pedoman kepada kita
tentang penghormatan, dan maruah negara itu berkait rapat dengan kestabilan
rakyat, pemikiran unggul, dan ekonomi yang mampan.
......
Apa ada pada negara sekiranya merempat dan mengharap belas kasihan orang lain?
Perkara yang kita tidak mahu terjadi di Malaysia.
Jagalah apa yang kita miliki dan berusahalah dengan gigih untuk lebih maju.

*imej dari internet

Kepada semua rakyat Malaysia dimana jua anda berada, Selamat Menyambut Hari Kemederkaan Malaysia ke 53. Semoga Allah merahmati bumi tercinta ini.
Merdeka!

Pakcik berkata-kata: "Yes, I am Proud to be a Malaysian"

4 comments:

mazddaud said...

Malaysia tetap di hati..:-)

Ninie said...

mee too! & i proud to be a muslim! ~ada kaitan x?

eqbalzack said...

raya balik msia tak azizi?

azizi said...

mazdaud - mesti..;-)

ninie - oo ada kaitan. +ve correlation

eq - tak balik lah tahun. mengidam tart nenas gulung la nampaknya