Sunday, January 10, 2010

Jalan yang Masih Jauh

Salam dan selamat sejahtera.

Pergolakkan dalam negara secara tidak sedar, yang kadangkala menyentuh isu sensitiviti kaum dan agama amat mendukacitakan saya. Bermula dengan isu-isu hak dan sebagainya, dan yang terbaru adalah isu penggunaan nama Allah.

Saya turut berpesan kepada saudara seagama yang lain, janganlah mencemarkan kesucian Islam dengan tindak-tanduk yang melampau, yang sama sekali tidak pernah diajar dalam Islam. Perbuatan membakar rumah ibadat adalah tindakan yang amat bodoh, dan tidak bertamadun. Islam tidak pernah mengajar semua itu. Walaupun hati saya "terbakar" dengan keputusan mahkamah, tetapi tidak terlintas untuk melakukan perkara bodoh itu. Rumah ibadat adalah hak penganut agama tersebut, kita perlu faham, dan jangan sekali membakar atau merosakkan hak mereka. Berdosa kita di akhirat. Jangan ganggu hak mereka.

Saya rindukan ketenangan di mana rakyat Malaysia berlainan agama dan bangsa mampu berkerjasama, bertoleransi, dan bermain bersama. Teringat zaman persekolahan dulu, di mana saya mempunyai rakan-rakan cina, dan india. Bagaimana mereka memahami sensitiviti saya seorang Muslim, hinggakan sanggup minum air sebalik pokok selepas menjalani latihan bola tampar di bulan Ramadhan. Untuk menghormati saya yang berpuasa. Teringat juga, sewaktu menziarahi teman-teman pada Tahun Baru Cina, dan ibubapa mereka menyediakan hidangan halal di bilik lain, kerana khuatir saya ternampak babi panggang. Juga, sewaktu Deepavali dan Krismas, juadah halal dibeli dan disediakan, kerana khuatir saya enggan memakan makanan yang dihidangkan walaupun secara asasnya sayuran dan tiada alkohol. Itu semua hasil dari pergaulan, didikan, dan toleransi yang cukup kukuh. Teringat juga, sambal lontong disediakan daripada udang kerana kawan Hindu saya datang semasa Hari Raya Aidilfitri. Semua makanan berasaskan daging lembu tidak dihidang, bagi menjaga sensitiviti rakan saya. Dan teringat jua, kami berkomunikasi menggunakan dialek "kelate" yang pekat, kalau ditalian telefon mungkin rakan-rakan saya itu disangkakan Melayu Kelantan.

Itu dulu, dan mungkin lagi masih ada sekarang. Dengan sistem pendidikan kita yang memisahkan kaum, bahasa dan agama, tentu sekali pemahaman, sikap hormat menghormati dan toleransi akan dicerna dan diacu mengikut pemahaman yang berbeza. Hasilnya? golongan yang tidak tahu sensitiviti, tidak faham apa itu erti hidup bersama. Terhasillah golongan yang mengaku rakyat Malaysia tetapi tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu, yang bangga dengan semangat yang melukakan perasaan orang lain, yang tidak faham isu-isu sensitif yang kalau tidak ditangani akan melumpuhkan kestabilan yang kita miliki sekarang.

Kepada semua, hargailah apa yang kita ada. Bukan senang untuk hidup bersama, dengan latar belakang yang cukup berbeza.

Pakcik berkata-kata: "selagi kita terus menerus mencipta jurang perkauman, perjalanan kita masih lagi jauh, untuk damai seperti tahun-tahun sebelumnya".

18 comments:

[danial][ma] said...

hej! azizi...actually the destination is not so far to reach yet politic mongers just made the journey too far to reach...;-(

丽 娜 said...

Setuju dgn kata Danial.
It's devastating to look at what's happening to our country from afar.
I think all the sensitive issues have been touched
And to make matters worst, there are people who bluntly response to the provocation without weighing the consequences

Zampeada said...

of kos lar jalan yg masih jauh... sbb kuat berjalan... ooopsss... hehhee... lawak sajo ya. berat gitu entri ari ini.

Chareen said...

i trust that fellow malaysians like us do treasure the harmonious relationship that we have all built over the years. what happened back home is just the acts of some narrow-minded soul.

*addendum to yr entry...geng2 kucing bertanduk pun terdiri dari berbilang ras dan agama....racial lines mmg tak wujud.

kak ja said...

"............."

azizi said...

danial ma - yup, pretty sad. pathetic.

lynawan - exactly. think twice before act. do not be like morons. :-)

azizi said...
This comment has been removed by the author.
azizi said...

zampeada - itu belum aku buat analisis lagi :-)

chareen - yup. by the way, we should be selected as a role model for them to follow, the "kucing bertanduk" members. :-)

kak ja - (^_^)

@xiM said...

memang bongok la sapa duk serang gereja tu..menghancurkan keharmonian institusi keagamaan negara ni jer..

rerama salju said...

semuanya bermula dari didikan dari rumah azizi....

hidup, perlu saling menghormati....

Zampeada said...

ekceli kan, pasal perbezaan2 agama ni mmg agak teruk gak lah kat Sabah. sampai ada satu tahap tu, ada cikgu siap abaikan pelajar2 yg tak seagama dgnnya... mmg kes teruk gak lah. tapi rasanya penggunaan kalimah 'Allah' tuh kat Sabah & Sarawak je rasanya... ala2 anak terang gitu... tapi kat semenanjung rasa tade. sah2 la sadur kitab2 suci dari indon tu... hai...

Mohd Hisham Mohd Sharif said...

Salam
actually kat Malaysia ni tenang je bro, nothing serious, ntah kutu mana tah saje carik pasal.
Tapi yang peliknya insiden serang gereja ni berlaku hampir serentak di Mesir dan beberapa negara Afrika yang lain. Something very fishy is happening here...
Mungkin juga ejen2 CIA or Mossad saje cuba nak create religious tension sebagai alasan untuk masuk ke negara ni...

mazddaud said...

"lihatlah pada persamaan...jangan mencari perbezaan"

n.yusoff said...

Salam and greetings,

Kita jangan cepat melatah dan menyalahkan sesama kita with no concrete evidences, do take things rationally. Maybe I think I can also reserve some agreement to Hisham’s, it could be true to a certain extent, and it did happen before in some other way. Yes, agama is sensitive, but does not mean one can go emotionally bringing harm in such ways. If we take Surah Al-An'am: ayat 108, correctly, we’ll understand.

There’s one night quite a while ago, I was at a bus stop (in UK). Suddenly, from out of nowhere I was thrown with something. Luckily it just hit my shoulder but really close to my face! I know it was just random, but pretty sure whom they were aiming for. I went back and cried, couldn’t care less how hurt it was, but what hurts the most was I don’t know why and whom to blame! It’s their ignorance or ours! I felt so down like I was not belonged here. But I guess, the throw hitting me for some reasons!. There’s always HIKMAH in everything and I pray all good for those who did that! God bless them! But let’s just keep it to those who are reading this for good, as it’s nothing actually compared to others.

So, let’s play our part. If there’s any chance with our own capacity within the community we are in, explain or show them the right things through words, acts or whatever possible. I was sometimes been misjudged for attending a Christmas party. Why do you think I was there, celebrating what they believe? for food? present? or fun?..it’s in my every wish to be in my room and do my work! I could just choose not going, but it’s only worth for me. Instead, by them having me there, now they know or even clearer, yes I am Muslim and I don’t isolate myself from the society, they know what I eat, don’t and why, and now in every party they reserve some menu for me and my other Muslim friends, Alhamdulillah. Mungkin tugas kita tidaklah sesukar di zaman Rasululullah S.A.W, kerana ramai yang sudah tahu cuma mungkin kurang jelas. That’s where we can fill the gap.

Wallahua’lam.

azizi said...

axim - walaupun kemarahan itu ada, mungkin kena fikir seblm bertindak. :-)

r.salju - yup. semuanya bermula dirumah.

zampeada - itulah. pelik tiba2 mau dikaitkan dengan perkataan arab, walhal selama pihak tertentu tidak pula mengaitkannya. bukanlah bersikap prejudis, tp mesti ada sebabnya

azizi said...

hisyham - itu yg kita takut. ada pihak yg cemburu dengan kedamaian yg kita miliki selama ini.

mazdaud - kdgkala ada perbezaan yg boleh difahami melalu sikap toleransi.

ani - yup, it is not easy, but through our positive perspectives, it is not that difficult either. for me, toleration requires deep understanding and knowledge. emotion sometimes did not apply. or all the time.

Zampeada said...

psstt... ada org kata, tak lama lagi nak pilihan raya.

lagipun kalau takde isu ni, surat khabar tak bleh lar nak laporkan yg najib hulur duit baiki church... hehe...

just to let u know, semua negeri kecuali sabah dan sarawak sahaja ada peraturan menghalang penggunaan kalimah2 yg dikaitkan dgn islam... tak tau lah.

kami yg kat sabah ni pon pelik lah sampai nak bakar2 church segala. apa lah!

azizi said...

zampeada - mungkin sejarah membuatkan terdapat sedikit peraturan yg berbeza. ttg yg bakar2 tu, yg paling takut ada tangan2 ghaib yg cuba mengacau keamanan negara. org2 yg waras tidak akan membuat perkara yg sama. tetapi agak ironik, serangan terhdp gereja ini turut berlaku di negara2 lain, yg agak sama waktunya dengan negara kita. w/apapun, mengacau harta benda org lain adalah perbuatan yg amatlah keji.