Friday, January 30, 2009

Minggu Lepas

Salam dan selamat sejahtera semua,

Maaf, baru dapat mengemaskini blog yg mungkin ada kesan sawang labah-labah. ;-)
Dalam beberapa hari ini (dan minggu-minggu mendatang), terdapat beberapa komitmen yang perlu dilunaskan.

Simulasi demi simulasi

Kerja penyelidikan pakcik memasuki fasa kedua, yang banyak melibatkan pembangunan model matematik yang lebih rumit berbanding fasa sebelumnya. Model ini perlu diuji dan dibuktikan keberkesanan sebelum memasuki fasa seterusnya - implementasi untuk pengujian interaksi dengan robot. Fasa sekarang memerlukan beberapa penalaan dari segi pembolehubah, simulasi dan ini penting untuk mengurangkan ralat @ kesilapan yang mungkin timbul pada fasa implementasi nanti. Proses simulasi ini kadangkala boleh memakan masa berhari-hari. Nasib baik mendapat tunjuk ajar dari seorang sifu utk menulis kod komputer bagi mengurangkan masa simulasi, dengan menggabungkan keupayaan beberapa komputer lain. Mahu meletup kalau menggunakan hanya sebiji komputer sahaja. Untuk simulasi ini sahaja memerlukan lebih 5 buah komputer yang digunakan serentak. Usaha seharian untuk melihat hasil eksperimen yang sebegini sahaja,


Hasil eksperimen yang telah memeningkan kepala pakcik berhari-hari ..

Hasil simulasi perlu diringkaskan bagi memudahkan pakar psikologi memastikan aliran proses mengikut sebagaimana model matematik itu berfungsi dan harus berfungsi. Banyak perkara baru yang telah pakcik pelajari. Terutamanya bila berguru dengan penyelidik dan professor yang pakcik cukup kagumi, dari segi ilmu dan sikap. Alhamdulillah, makin kurang kesilapan yang biasanya menjadi rutin pada awal melaksanakan kerja sebelum ini. Setiap hari adalah penemuan baru! ..... eureka!

Pembangunan Prototaip dengan Makmal Media De Wag dan Media Lab MIT

Selama 3 hari pakcik berkampung di Makmal Media De Wag untuk membangunkan prototaip asas untuk projek "Social Interaction Artifact". Projek ini adalah kerjasama Agent Systems Research Lab VU Amsterdam, Computer Systems & Interact Lab De Waag, dan Ambient Intelligence Group Media Lab, MIT. Dalam projek ini, pakcik terlibat dengan pembangunan prototaip "TagArt". Dalam projek ini, pakcik, seorang penyelidik dari De Waag dan seorang penyelidik dari MIT ditugaskan membangunkan aplikasi pengecaman muka, manakala penyelidik yang lain terlibat dalam pembangunan sensor untuk meja digital, realiti maya, dan sebagainya. Projek ini adalah untuk menggabungkan aspek interaksi sosial dalam tempat yang berbeza (kajian yang dipilih adalah interaksi individu di muzium dan rumah) melalui konsep permainan komputer.


Perisian yang telah kami hasilkan untuk mengenalpasti emosi individu dan muka
(pakcik yang kanak2 ribena sedang senyum gembira)



Ini semua lakonan... ha ha ha .. (untuk dimasukkan dalam laporan)


tempat kerja pakcik sepanjang 3 hari yang macam sarang tikus.


Ketua projek , Prof. Dr. Lora
sedang membentangkan hasil prototaip kami.

Rasa cukup bertuah dapat berkerjasama dengan kumpulan penyelidik ini. Selama 3 hari, dapat meneroka idea-idea baru, berinteraksi, mempelajari aspek teknikal. Walaupun terpaksa meninggalkan kerja yang bertimbun di makmal, tapi ianya cukup berbaloi.

Lentera Timur

Kata dan tinta, lagu dan irama, muzik dan pesona
Semuanya berpadu tatkala pawana Selat Melaka membisikkan ilham dan cipta
Di sinilah berkumpulnya sang punjangga yang telah memberikan makna buat sang empunya suara
...................
Ayuh kembara bersama, berkelana mengenal siapa kita
Kita teroka jatidiri bangsa, di situ kitakan tersenyum bangga.
Budaya adalah lentera, menyuluh kegelapan dan cahayanya takkan pernah terpadam.
Keberadaan kita sini juga lentera kepada budaya kita sendiri.
Salam kedamaian dan hormat buat semua bangsa yang tidak pernah silu mengenal bangsanya.
.................
Benar masa meninggalkan kita, banyak baru dihadapan
Namun jangan pernah kita tinggalkan sesuatu
Sesuatu yang telah menjadi sebahagian daripada kita sejak berzaman.
*(petikan dari album Dato' Siti Nurhaliza terbaru : Lentera Timur)

Lentera Timur

CD album ini diterbangkan khas dari Malaysia, dikirim oleh bro EQ, salah seorang blogger yang baik budi. Terima kasih tak terhingga (hertalijk beedank kata orang belanda) Nak jadi cerita, pakcik pasang CD ini dalam lab. Apalagi mat & minah salleh tu boleh pulak jogek lambak. heh..heh...heh. (pakcik tak masuk campur ye....). Apa lagi, layan....


Penulisan kertas kerja utk beberapa seminar


Ada beberapa seminar yang perlu dihantar kertas kerja bagi dinilai. Penyelia dan pakcik menetapkan sasaran sekurang-kurangya 10 kertas kerja perlu dihantar untuk seminar / jurnal yang terpilih dan yang memberi impak kepada perkembangan bidang yang dikaji. Insya' Allah moga sasaran dapat dicapai. Kena gandakan usaha lagi. Sekarang sedang menulis satu kertas kerja untuk dibentangkan di seminar Itali, dengan tarikh tutup penyerahan artikel 9 Februari ini. Mudah-mudahan siap pada waktu dan diterima. * sibuk2 pun masih lagi sempat mengemaskini laman blog ini... heh..heh..hehh ... * ni tengah berdebar tunggu keputusan penerimaan satu seminar lain.. doakan pakcik ye!.

Pakcik berkata-kata: Umpama pesan ibubapa pakcik, -'takkan hilang bisa ular menyusur akar & lepas kita orang, biarlah orang nak berkata apa, asalkan kita tahu apa yang kita buat itu baik dan tak salah." -

* I feel very lucky to have my parents support. They have always made me think, and my family (bros and sisters) is always there to encourage me. (alamak .. kot orang putih pulakkk.. nak buat guano, asal pasir puteh kelantan kawe ni....). and my friends (and fellow bloggers), for many great things and moments we share. ;-).

29 comments:

Zampeada said...

huhuhu... suka depa no lagu siti... hehehe... aku pon tak dgr lagi album siti... depa dah dgr... hehehe... hidup siti...

Inah said...

hoho..inah pun x dengar lagi..duk pulun kat bilik mikroskop je ni

11 feb - meeting to finalise proposal

14 feb - dateline abstract (international seminar in october)

27 feb - meeting with principal supervisor

eh..tetiba jadi planner plak..hahahhaa..lariks :P

good luck pokcik!!

cik maz said...

pergh...datuk siti diterbangkan membawa ilham kepada pok cik... hehe...chaiyok3...eh, kalau nak pelakon xtra, aku sudi menawarkan diri...hehe

eqbalzack said...

hahaha...cian kat org sana asyik dengar lagu mat saleh je...

p/s: jgn puji lebih2 zi...kang saham naik lak! haha

mazddaud said...

complicated la research mu nie.....

anyway, doa ku sentiasa mengiringi langkahmu sahabat.....cehhhhhh....tapi betul punya ikhlas nie....;-)

@rep said...

tudiah dapat CD FREE.. i pun dapat FREE gak.. FREE Download... Hahahaha...

*larikkkk

btw pakcik..

All the best..

azizi said...

zampeada --> dunia tanpa sempadan katakan .. heh...heh..heh

cikmaz --> boleh.... nanti aku tanya dato' CT.... ha ha ha (jgn lupa bawak puding best tu ye...).

EQ --> thanks a lot. hari2 dok dengar ni ... ha ha ha .... merci!

azizi said...

inah --> ha ha ha tu dia ... long list of plans.... saboo aja ye mak encik.. heh..heh

mazdaud --> aku dapat kesan keikhlasan tu ... pakcik tahu tau ... ha ha ha ..(bigmac satu!).

arep --> aisyeh.... download aja ke?
tak sama ... feel dia lain... heh..heh..heh

@rep said...

yup.. agree with u. feel dia lain esp bila ada orang bagi hadiah.

but i sekadar nak dengar je. 2 3 kali bosan, tekan next song pls...

mazddaud said...

apa kes tetiba order bigmac nie....konpius2...hehehehe

ngape? ngidam ke? ha ha ha ha

kau balik je ke tanah melayu don't worry, aku belanja "BIGMAC", milk shake & apple pie (sorry, apple tart tak jual!).....hehehehe

ps: saja je nak bagi kau terliur...hahahaha

Fazrulls said...

Salam Bro,

Perisian tu guna programming apa? apa pun mesti best dapat cam muka.. hee.. kena ada webcam dan sensor.. hmmm canggih gak.. pasangkat rumah.. time isteri tengah marah ka atau datang ttuutt... hee so dapat tau dengan awaii hahahahahah...:)

rerama salju said...

sayabass azizi,
dalam sebok2 pun sempat update blg ya...yelah blog ni kan ke ubat kesepian dan sometimes make our day kan?ceewahh!Cemana yek mat salleh tu pandai joget lambak,kalau tak ada cikgu dari "malaya"nya?ahaks!

SAM said...

gile best buat mende boleh cam orang ni. insyallah aku pula tengah berusaha tangga kejayaan nak cam pokok hutan!

carrotsusu said...

Bagus2. Research yang bagus.

azizi said...

arep --> ha ha ha ..next song please.. he..heh

mazdaud --> jgn la kasi jeles. nanti ada yg termakan bigmac kt sini nanti .. heh..heh..heh

fazrulls --> guna C++. mcm biasa. actually algorithm tu dah dibina oleh researchers kt mit, kami ari tu hanya codekan dan integrate semua components. (pening jugak). otak berkarat dah. ..heh..heh nak monitor your wife emotions? boleh..heh..heh..heh

azizi said...

rerama salju --> sibuk ke tak, blog kena update ..ha ha ha ...
*ayoo sy tak mengajar depa tu ..... depa tu mmg kaki menari agaknya.. heh.heh..heh

samrie --> boleh punya. usaha tangga kejayaan.... heh....heh jgn putus asa!

carrotsusu --> ooo tima kasih. terpaksa la ikut kursus C++ kt blog hang nanti..heh..heh..heh..

kak ja said...

Bab jatidiri ni, tingat rakan2 sebatch kja dulu.. Ramai gak yg agak tenggelam dgn budaya dan dunia Mat Salleh di sana.. rasa seram gak tengok depa ni.. Tp alhamdulillah, based on their e mails (some forwarded) to our alumni e-mail group, most of them dah berubah...

Dah bnyk ari x update,bila masuk asyik the same entry..Bila dah update kja dah tak perasan plak..

Unknown said...

Salam,
First time za dengar CD nie ngantuk habis tapi bila dilayan aje baru jumpa feeling CD nie. Mu bolehlah satu kapai ngan adik za(rashid/boy), FANATIK HABIS kat Datuk CT.
Walaupun za x berapa nak faham apa yg mu buat kat sana, anyway ALL THE BEST ALONG THE WAY 2009 YEAR..lagi berapa lama kat sana??? nak plan gi sana nie.
Wassallam.

azizi said...

kak ja --> tak rugi kalau kita masih mempertahankan apa yg perlu dipertahankan. ;-)

rosliza --> masih ada 3 1/2 tahun lagi. silalah dtg ye.... ;-)
ha ha ha rashid pun hardcore ka... bagus bagus... heh..heh..heh

:: NbC :: said...

best le title utk entry ni.. 'Minggu lepas'.. hmmmm minggu lepas sy di Msia...! (usaha menjeleskan org di sinun..) hehheeh

azizi said...

nbc --> ha ha ha bulan 6 sy kat malaysia pulak.. ha ha ha sila jeles ye.. ;-) .kannnnnnnnn.

丽 娜 said...

meja digital, realiti maya..
t'igt zmn blajar IT in BM kt sekolah dulu
semua org xtau kayu ria itu apa.
nk balik Malaysia jugak!!!!

Inah said...

what?? bulan 6?? gosh missed by one month..hahahaha..bulan 5 inah di malaysia :D

azizi said...

lynawan --> ha ha ha kayu ria ... sebenarnya namanya kayu bedik. nasib baik tak tertulis kayu gedik. heh...heh..heh

inah -> one month tu .. jauhh... heh..heh..heh

Zampeada said...

dunia tanpa sempadan? hehehe... download jelah klu cam tuh... hehehe...

mohdariqsalem said...

hi can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done.my blog about my addicted making wire jewelry.thank

http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/

azizi said...

zampeada --> download .. yeeahhh!

yatisalem --> i know you will not read this, but i am not in favour of exchanging banner ;-). sorry.

Sitibuha Md Kassim said...

masih setia ngan Siti nuh....keh keh ..aku pon lom dengar abis lagu2 dia...kongsi la runut2 yg besh..leh dload ka...ekekekke...lanun cet rom la aku ..jimat cikit.

azizi said...

buha --> aisyeh.... tetap dihati ...ahakss! ..heh..heh..heh