Tuesday, November 25, 2008

Betulkan Niat

Salam dan selamat sejahtera semua,

Alhamdulillah, - ada insan yg menegur pakcik. Katanya niat pakcik kt bumi orang mungkin tak sama dengan niat masa awal2 sebelum sampai di sini. Dikhabarnya, ada juga org kurang senang dgn cara pakcik bergambar, atau yang sewaktu dengannya. Katanya tidak menggambarkan pakcik seorang intelek (err intelek ? ... besar tanggungjawab tu). Pada insan ini, terima kasih. Yup, bercakap pasal niat ini satu bulan takkan habis. Niat juga yang mendorong kita berbuat sesuatu, yang kadangkalanya tidak masuk akal. Pakcik sendiri, bila buat sesuatu kadangkala terlupa utk periksa niat. Niat sebelum, semasa dan selepas berbuat sesuatu. Dalam agama cukup mudah, niat yang baik (tentu sekali dengan keikhlasan) akan dianugerahkan satu kebaikan. Itu baru niat, belum lagi buatnya. Niat yang betul-betul ikhlas boleh diumpamakan sebagai seekor semut hitam pada batu yang hitam di malam yang gelap. Sukar juga kan?


semut hitam: hitam itu menawan pakcik
pakcik: takdok sabit sawa (kena mengena) dengan mung. :-)
semut hitam: bekeng tehhh (garangnya)

Pakcik sendiri pun kadangkala sukar utk menjaga niat, terutama bila bercakap tentang niat yang ikhlas. Yang pasti, kita kadang-kadang berperang dengan perasaan yang bukan-bukan. Niat nak berbuat baik kadangkala terpendam takut dikata orang. Agak retorikkan? Nanti org kata ....... rasanya segala benda baik akan dimanipulasi oleh org, - jadinya yang penting kita tahu akan niat kita. Cakap pasal niat dan org kata mengata ni, teringat satu kisah yang biasa dinukilkan pada kisah-kisah teladan - teringat pula ustaz pakcik kat sekolah dulu ;-). Dalam sebuah riwayat diceritakan, pada suatu hari Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan mengenderai seekor keldai, manakala anaknya mengikuti dari belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, sebahagian orang pun berkata: “Lihat! Itu ayah yang tidak bertimbang rasa, sanggup anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan kata-kata dari orang ramai maka Luqman pun turun dari keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas keldai itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula: “Lihat! Ayahnya berjalan kaki sedangkan anaknya menunggang keldai itu, sungguh kurang adab anak itu". Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi: “Lihat! ada ke patut dua orang menunggang seekor keldai, tentu perbuatan itu sungguh menyeksakan keldai itu.”

Kemudian Luqman dan anaknya turun dari keldai itu. Terdengar pula suara orang berkata: “Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai yang patut ditunggangnya itu tidak dinaiki.” Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah, Luqman al-Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka. Katanya:Wahai anakku! Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah Ta’ala sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam apa jua keadaan.”

Jadinya, antara dua perkara, orang mengata dan niat yang betul kadangkala berada dalam persimpangan yang berbeza. Yang penting kita tahu tentang niat kita, dan serahkan pada Allah. Orang yang berkata-kata ? ...... selagi boleh kita bertahan, biarkan. Tapi kalau kata2 bersifat nasihat, perlu diambilkira, - tapi kebanyakkannya suka bersifat berlebihan. :-) gunakan akal dan kewarasan dalam menilai. Insya' Allah pakcik masih lagi kekal dengan niat asal di sini. Jangan risau :-) Teringat kata-kata kawan pakcik "biaq pi kat depalah, lama-lama penat dok cakap, berentilah tu"...... "a simple solution for a complex problem". Aisyeh ter"spekong" la pulak pakcik ni ......

Pakcik berkata-kata: Kawe insan biasa jugok:-)

30 comments:

SAM said...

Mereka prihatin kat ko tu bro.. dah di negara orang, ambik gambar banyak2, tapi kerja tetap kerja.

Apit said...

huhu.. saba la pakcik.. yg penting kite tau niat kite.. kalau tension2 g sembang ngan semu hitam tuh..hehe

kak ja said...

Salam Azizi, cerita Luqmanul Hakim tu sgt2 relevan dgn situasi Azizi ni..Bg kja kan Azizi, yg penting kita tahu apa yg kita buat.. Dan it's normal as time passes by, niat kita berubah..Tepuk dada tanya iman, andai kita yakin kita tak terlalu jauh hanyut dari nawaitu asal, dan tak sampai mendtgkan masaalah pd pihak lain, relaxlah..

Yg kja nampak, semakin hari semakin mantap isi blog ni, semakin terserlah imej seorg intelek (intelligentsia, sebenarnya) walau mcmana sekalipun Azizi pose.. Lagipun Azizi, apa salahnya sesekali 'gila2' skit, kuar sekejap drp kepompong imej seorang intelligentsia, sbb afterall, kita semua manusia biasa..

Dan Azizi, kja dapat merasakan keikhlasan Azizi bila menulis.. itu yg penting, kan? U r being urself..Dan betapa pentingnya utk kita tak menjadi org lain, hanya utk memuaskan hati pihak2 tertentu!!

MISS J @Lagapas said...

Smart and entertaining in one body. I dont see the reason not to be one. Perlukah seorang intelek menjadi orang yang membosankan? Sungguh cliche. For me, orang seperti pakcik is the MOST motivating and apprachable teacher. I'm sure student love you! InsyaAllah tak terpesong dari niat asal..Yakinlah pada diri anda! Hehe

Dari kaca mata seorang student.... ;)

@xiM said...

biar apa yang orang kata,yang penting kita tahu diri kita yang macam mana kan...seringkali kita ingin menjadi semourna namun harus diingat tiada manusia yang sempurna..

maka sama sama lah kita berusaha menghampiri kesempurnaan,kerana itu sahaja jalan yang ada bagi kita untuk menjadi lebih baik dan lebih baik dari sehari ke sehari

aku pun tak taw apa aku merepek nih...go go go pakcik,nanti depa dah penat bercakap berenti jualah di tengah jalan..

wallahualam..

kak ja said...

Azizi, kja telah mengetag Azizi.. jom pi umah kja!!

Inah said...

lahai pokcik..kalo nak banding ngan blog saya yg lagi merapu..pedulikan ape org nak kata..kalo benda tu baik..kita amik sbg teguran..kalo x, abaikan aje

hanya jauhari mengenal manikam :)

[danial][ma] said...

hej! azizi...what can i say? hhhhmmmm...you cannot satisfy all the people all the time...you know who you are and the best thing that you be yourself, and know what you are doing with your life, career, family, etc...it doesn't mean that if you are an intellectual/academician you cannot enjoy yourself, you have your own life, own freedom to do things, to enjoy your life to the fullest and i am sure you know the limit too...but what the heck, we are human being and not an angel...i am definitely sure what people read/see your blog it is not even 1% of you that portray the real AZIZI...only GOD the Almighty and you yourself know what is your real intention...as human being, we have no right to judge others based on the physical attribute/action...let alone GOD to be the judge...it's a winding road to success...so i like the opening tag on your header: Verily, along with every hardship is relief ..and to your Lord(alone) turn (all your) intentions and hopes (Holy Qu'ran: The Opening Forth, 5&8)...and another thing why you scolded that black tiny ant? you are so mean...hehehehee...so azizi...be strong and focused...all the best mate...;-)

mazddaud said...

salam,

bab kata mengata ni biasala...kita takkan dapat puaskan hati semua orang.....

"janji kita tak buat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri, keluarga, bangsa dan yang penting sekali agama kita.....cukup untuk kita hidup di dunia "sementara" ni"....

walaubagaimanapun....... "sometimes we have to take note what other peoples say about us"....

for me "other peoples" ni adalah mereka2 yg paling dekat dalam hidup, yang kita pasti tentang "niat" mereka...

MISS J @Lagapas said...

Pakcik, I'm coming to amsterdam with a friend tomorrow! care to join us?

Jehan

Mr. Arul said...

Hahhahaaha..
Bro - Daff rasa ur blog akhir2 nie very entertaining - so pedulikan mereka itu.. ahahahhaha...

Keep writing bro!!!.. Thats how we connected with you..

azizi said...

sam --> heh...heh..heh yes they did. gambar ttp kena ambik kan. ;-)

apit --> alaaa kalau tensen boleh borak dgn awek2 lawa kat sini ...heh..heh..heh

kak ja --> yaa keyword - nawaitu. hmm,.... thanks a lot. tak ada apa pun .... biasalah ..... i will remain as it is. no harm done. They just doing their roles. :-)

azizi said...

miss j --> ye ke? thanks. err.. i do not want to be a typical academia lot..... being an academia with fun and know what to do is one my dreams...... no point of being so serious all the time.

axim -->yep .. agree with you. try to be a bit cherry picking sometimes. heh..heh..heh

inah --> ha ha ha inah, your blog is fun. lawak, sedih .. characters of you. keep on going girl ;-)

azizi said...

danialma --> woww .. well said. xie xie ni! ..... anyway, no worries, i will be myself. what it will be. .... heh...heh..heh. que sera sera!
yup, only God knows our intention.

mazdaud --> yup. biasala.. adat. errr.... ambil apa yg patut. ;-)

miss j --> i will! on thursday. dinner on me. tu diaaaa .... ;-)

kak ja --> ayooo kena tag ke? tiba2 buta huruf pulak

daff --> ha ha ha entertaining? nanti i posted stories about amsterdam moulin rouge ... itu lagi super entertaining... ha ha ha

rerama salju said...

Salam Azizi,
Tak pulak saya perasan pose azizi yg blh men"deteriorate"kan imej seorang intelektual you!macam2 lah orang ni,tapikan azizi,orang yang selalu complain pasal kita tu,selalunya either cemburukan kita atau sayang pada kita sebenarnya...Ha,azizi mesti tau yang mana satukan....
Keep up the good entry,ramai peminat menanti!!

Ms B said...

Oh my!!! I just posted something similar. i had leeches (pardon my french but I do seriously feel that term describes them best) lurking at my blog.

People like to cherry pick and choose which postings that make us look "different" in their eyes. what makes it more worse is that when it comes to them, they get annoyed when people criticise their blog. yet they feel they have the luxury to criticise us.

If they practice what they preach, then go ahead. Otherwise, move along. Banyak lagi blog lain boleh baca, kan??? *smiles*

@rep said...

komen i x lepas ke?
aik...

btw.. pakcik. ada contact no tak? i dah confirm g sana 9 to 11 dec..

JHaZ KiTaRo said...

salam dari Dublin.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog.. :)

Fazrulls said...

Salam Bro..

Mungkin orang yang beri komen tu tak berperasaan.. "NULL".. sebagai student kita selalu buat kerja yang pelik2 bagi memimbangi tekanan belajar kan.. so kadang kala kerja tu nampak mudah dan ringkas tapi susah sebenarnya.. apa pun sabar lah.. normal lah.biarlah orang nak kata apa pun kan.. janji. .kita cool.. hee.. jangan hot.. hot.. heee...

Unknown said...

mmm...just u urself know what u are actually doing...

consider others opinion and refers back to ur own intention...then at the end ..just u urself knows the exact answer...

azizi said...

arep --> i will be around. ;-)

jhazkitaro --> welkomen! ... yup, i will visit yours then

fazrul --> ha ha ha ... no hot hot maaa .. cold cold one only :-)

azizi said...

miss b --> really? OMG, hmm, well sometimes it is almost impossible to satisfy everybody. i will be not trying to do that. heh..heh..heh constant vigilant!

rerama_salju --> salam. sy pilih yg tag "diorg sygkan" .... kena berprasangka baik la kan :-) .... thanks for your compliment.

hafizoh --> i do believe that. good point and well said :-)

Inah said...

saya dengan rasa x bersalah telah mengtag pokcik!!

azizi said...

inah --> sy dgn berbangga sudah menjawab tag anda. ;-)

CAHAYA said...

Macam mana nak ambil gambar gaya ala2 intelek gitu? Pelik, tapi biasalah, manusia sesama manusia, hati tak sama kan?

Change is not always a bad thing. We grow old everyday and change without we even know it. Sometimes people can't accept it as what we are.

p/s: I wouldn't want my friend to be at the same state from last 10 years till now. I want him to grew. Older and wiser. :)

PUTUBAMBU said...

nak buat baik..tak perlu dikhaborkan kat org kan?

Anonymous said...

hmm,it must be hard when all eyes are on us.sometimes ppl see what we don't see n they don't see what we see.so,sometimes their advice should be taken.but kalau yg advice xkena tmpt 2,abaikan sj.
tp bgskn igt mengingati.lg pun ada firman Allah psl 2.
as for your pictures,I tak tahu la nk ckp mcm mn cz I don't know what type of pic that hamba Allah talking about.
I think everyone is free to express themselves in pictures,be it old folk,ahli intlek,geek or anybody.just that i don't fancy the idea of taking picture where itv shows pergaulan tlalu bebas-if u get what I mean-
apa pun cheers bro

azizi said...

putu - yupp... biarlah rahsia :-)

cahaya - hi. heh..heh..heh kena bergambar pakai academic robe lepas tu pegang buku la kot :-) everything is changes.

lyna - yup, i do agree. it is not easy. take a good point, let the rest out. :-)

Zampeada said...

alahai... blog kan ruangan utk ekspresi diri... perlukah intelik utk memahami perkara ini? atau perlukah bergambar utk intelek jugak?

p/s org yg takde imaginasi kdg2 membosankan.

azizi said...

zampeada --> ha ha ha, harus ditukarkan menjadi blog sains nanti. heh..heh..heh