Menerima e-mail dari beberapa bekas pelajar saya, yang telah saya ringkaskan berbunyi;
1. "Saya ingin menjadi penyelidik, tapi saya tidak suka subjek berbentuk teori".
2. "Sekarang saya sedang mengikuti pengajian sarjana, tapi subjek banyak teori,
bosanlah encik"
3. "Saya rasa universiti perlu bykkan subjek praktikal, sbb subjek teori tidak berguna bila kerja"
Agaknya, memang menjadi satu lumrah, kebanyakkan pelajar dalam bidang berorientasikan teknologi dan kejuruteraan kurang gemar mengikuti kursus berbentuk teoritikal. Saya pernah mengalami pengalaman yang sama, sewaktu mengikuti program sarjanamuda. Kursus seperti Matematik Diskrit, Kalkulus, Algebra Linear, Struktur Data & Analisis Algoritma, dan kebanyakkan kursus peringkat tahun pertama tidak sangat digemari bagi mereka yang sukakan praktikal @ "hands-on".
Itu dulu. Di mana pemikiran saya masih mentah dan masih lagi ingin mempelajari bagaimana untuk menguasai kemahiran membangunkan perisian, dan sebagainya. Perkara yang sama akan dialami oleh pelajar hari ini, atau mungkin lebih teruk. Sekarang, saya berpendapat, penekanan terhadap teori (serta diseimbangkan dengan praktik) amatlah penting. Namun, ini terpulang kepada falsafah sesebuah program akademik tersebut, - adakah ingin melahirkan tenaga mahir atau pemikir? Pengalaman saya di sini mengiyakan kepentingan kursus berbentuk teori bagi memperkuatkan kebolehan individu dalam menguasai asas kepada sesuatu program akademik. Sekiranya, pelajar itu hanya mahu menjadi jurutera perisian / juruanalisis sistem, adalah memadai untuk menguasai kursus yang membolehkan mereka membangunkan perisian. Tetapi, sekiranya mereka mahu menjadi jurutera perisian/juruanalisis yang boleh membina perisian yang lebih hebat, kemahiran menguasai kursus teori adalah suatu kemestian.

Dalam menjawab soalan pelajar tersebut,
Soalan 1: Penyelidik perlu menguasai asas sesuatu bidang yang dikaji. Contohnya, penyelidik dalam bidang kecerdasan buatan ("artificial intelligence") perlu menguasai bidang matematik, teori formal, sistem dinamik, dan sebagainya sekiranya ingin membina teknik baru. Kalau tidak, penyelidik tersebut lebih cenderung untuk mengguna teknologi yang sedia ada, berbanding membangunkan teknik yang lebih baik. Hasilnya, penyelidik sebegini lebih bersifat jurutera perisian, dan bukannya saintis.
Soalan 2: Pengajian pasca-siswazah (sarjana) memang sepatutnya menekankan aspek teori dan penyelidikan. Ini kerana program ini merupakan asas untuk meningkatkan mutu ilmu dan bidang tersebut. Adalah sesuatu yang ironik sekiranya pelajar peringkat sarjana masih lagi mengharapkan kursus bersifat "hands-on". Semakin tinggi hirarki sesuatu ilmu, semakin dalam penerokaan terhadap asas dan falsafah ilmu tersebut.
Soalan 3: Menurut pendapat saya, kursus teori adalah sama penting (malahan lebih penting) berbanding kursus berbentuk praktikal sekiranya kita mahu melahirkan modal insan yang bermutu. Kursus berorientasikan praktikal lebih menjurus kepada "bagaimana ingin mengguna" berbanding menjawab persoalan "bagaimana ingin membina ilmu baru". Berdasarkan pengalaman, pelajar yang menguasai kursus teori dengan kukuh turut mampu menguasai kursus praktikal dengan baik. Tetapi, bukan sebaliknya. Imbangan antara kursus teori dan praktikal adalah perlu.
Kalau negara kita mahu melahirkan ramai pereka dan saintis, penekanan terhadap kursus teori dan asas dalam sesuatu bidang perlu diberi perhatian serius. Tanpa penguasaan bidang asas, kita hanyalah mampu menjadi pengguna teknologi, dan bukannya membina teknologi baru. Lebih tepat lagi, untuk membezakan apa itu saintis dan jurutera/teknologi.
Pakcik berkata-kata: "sekadar pandangan 'saya budak baru belajar'"
*kesemua imej adalah di muat turun dari laman sesawang.

5 comments:
Saya pun x suka teori. Saya akan jadi tension kalau subjet tu teori. Sy suka problem solving. Bila saya dah keje rupanya² dua² saya kena guna. Teori tu penting juga, sbb dari teori laa baru sy boleh selesaikan masalah, terutamanya management IT. Tapi kalau teknikal, mmg memerlukan praktikal dan pengalaman. Pengalaman paling berharga, sbb pengalaman susah kita nak ukur atau nak tulis.. ~sekian dr anak didik pakcik~
ninie - biasalah. teori merupakan asas dalam banyak bidang. walaupun bercorak praktikal, teori tetap menjadi umpama tiang seri bagi sesuatu kerja. ;-)
Being an undergrad in medicine, secara peribadinya saya rasa teori dgn praktikal sama-sama penting. Nganga tengok slide bawah mikroskop kalau tak tau teori.lagi nganga bila masuk hospital, dpt case and tak relate dgn besic yang dah belajaq.
cikgu gg, pn ed skang jd cikgu utk program kemahiran..btol bagai dikata, base on program sebenarnya. mcm kursus kemahiran, mmg 60-70% merupakan praktikal, apa yg dia buat bila masuk alam kerja and 30-40% adalah teori.
kalo hang tak dengaq teori, kompem nganga nk buat praktikal..ape pon dua2 penting, and most important experience dlm dunia sebenar :)
lynawan - yup, teori itu amat penting. Mungkin ada jurang dalam merapatkan kedua2nya - pratikal, tapi teori turut memberikan asas utk praktikal :-) dalam praktik pula, pengalaman memainkan peranan :-)
cikgi Ed - tentu sekali. tgk org2 sini teori depa kukuh. Bila nak buat praktik, nampak kacang aja depa. Masalah kita - dah la teori caca marba, buat praktikal pun hentam ajalah labu. :-) .... heh..heh.. *tapi kalau teori byk sgt, kawe pong tidoq. ha ha ha
Post a Comment