Sekadar berkongsi pandangan mengenai artikel dalam Berita Harian
"KUALA LUMPUR 8 Okt. - Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia kini amat memerlukan lebih ramai saintis, penyelidik, tokoh inovasi dan perintis dalam bidang sains dan teknologi bagi merealisasikan pertumbuhan ekonomi berdaya saing serta dinamik. Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan akan melakukan apa saja bagi mengatasi masalah kekurangan golongan saintis yang pada masa ini berada dalam keadaan kritikal dan amat mendesak. Menurut beliau, sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk melahirkan 60 saintis, penyelidik dan jurutera bagi setiap 10,000 tenaga kerja sehingga kini hanya mencapai 18 peratus daripada sasaran."
Terlalu banyak benar membaca artikel ini sejak dari zaman persekolahan lagi. Seolah-olah skrip usang tetapi hanya diubah angkanya. Saya hingga tertanya-tanya, betul ke kerajaan kita memang serius dalam menangani masalah ini? Apakah hanya dengan program yang sedikit cuma mampu menyelesaikan masalah ini?
Saya bukanlah individu yang suka utk menunding jari, tapi sebagai salah seorang yang pernah dan masih berada dalam sistem sebegini, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Berdasarkan pengalaman saya (juga pengamatan), saya dapat simpulkan terdapat 4 perkara yang asas perlu dikaji.
1 - Sistem pembelajaran di sekolah
2 - Cita-cita pelajar cemerlang.
3 - Kemelut politik institusi
4 - Siapa yang dipilih.
Sistem pembelajaran di sekolah
Hari ini pelajar makin terdedah dengan pelbagai sumber ilmu, dan tentu sekali guru2 jua makin mahir dalam menyampaikan apa yang terkandung. Saya melihat sistem pendidikan kita agak kucar kacir. Terlalu cepat berubah. Mungkin saya tidak faham tentang falsafah di sebaliknya, tetapi hasil yang dikeluarkan menyatakan segalanya. Agak ironik bila pelajar yang mendapat sejumlah A dalam sesuatu bidang tidak mampu menguasainya bila berada di pengajian tinggi. Mungkin asas pendidikan yang dicernakan agak berorientasikan "hafal dan luah" berbanding analitikal dan hujah. Agak kelakar bila pelajar gagal menguasai sains dan matematik, terus ditukarkan pengajaran di dalam Bahasa Inggeris. Sepatutnya pengajian Bahasa Inggeris perlu dikaji dan asas kepada sains adalah matematik. 3 +3= 6 tetap sama walaupun apa bahasa ianya digunakan.
Pembentangan kertas kerja penyelidikan adalah sebahagian daripada hidup penyelidik
(di seminar Artificial Intelligence in Medicine 2009, Verona Itali)
Di Belanda, pendidikan merupakan satu sistem yang menyeluruh. Maksudnya pendidikan sekolah rendah hingga tahap universiti digabungkan sebegitu rupa. Pelajar di sekolah menengah didedahkan dengan penyelidikan bertahap sarjana dan kedoktoran. Saya sendiri terlibat dengan pelajar sekolah menengah dan kolej, berbincang dengan mereka tentang penyelidikan yang saya sedang jalankan. Guru-guru juga sentiasa ke universiti menghadiri perbincangan ilmiah. Integrasi universiti dan sekolah bukan sekadar aktiviti bakti siswa semata-mata, tapi juga memberi idea kepada pelajar sekolah tentang apa yang berlaku pada masa depan. (pengalaman saya di beberapa program bakti siswa semasa peringkat sarjanamuda hanyalah berorientasikan ceramah motivasi, khidmat bakti di kampung, dan keluarga angkat). Jarang pelajar kedoktoran @ sarjana terlibat sama. Padahal mereka ini lebih arif dan mampu memberikan banyak input kepada pelajar sekolah.
Cita-cita pelajar cemerlang
Kalau ditanya kepada semua pelajar yang cemerlang, apa cita2 mereka. Jawapan mungkin yg agak klise akan diperolehi. Jarang akan menjawab utk memilih menjadi saintis. Bagi saya, mereka ini perlu digarap untuk memilih menjadi saintis @ penyelidik sebagai kerjaya mereka. Mana mungkin pelajar bertaraf sederhana seperti saya ini mampu memahami fizik kuantum, falsafah agama, kosmologi, virologi, pengoptimuman dalam ekonomi, geologi, dan macam2 lagi cabang ilmu yang rumit. Bukan salah mereka, cuma mereka tidak didedahkan dengan profesion untuk memilih kerjaya ini sebagai karier mereka. Profesion penyelidik @ saintis lebih dikaitkan dengan kerjaya yang tidak glamour, membebankan diri, dan sebagainya. Mungkin pelajar kita memerlukan satu role model @ ikon saintis yang boleh dijadikan inspirasi. Yang semestinya, bukan saya. :-). Walau apapun, sisipan Estidotmy Utusan Malaysia, dan majalah Dewan Kosmik banyak membantu. Syabas atas usaha ini.
"I love my research" .... ha ha ha
Kemelut politik dalam institusi
Orang kata ini perkara lumrah. Memang saya tidak nafikan ianya berlaku di mana-mana tempat. Tetapi, yang penting jangan keterlaluan. Kalau seseorg itu memang mempunyai potensi utk lebih maju, sepatutnya diasuh dan diberikan peluang, bukan ditekan sebegitu rupa. Penilaian terhadap prestasi turut lebih bersifat subjektif dan lebih malang lagi, bersifat peribadi. Lebih menakutkan bila konsep zon selesa berlaku. Yang lagi pelik, golongan yang tidak melakukan kerja yang sepatutnya lebih terpelihara daripada individu yang sentiasa bertungkus lumus untuk membawa institusi ke tempat yang sepatutnya. Adakah terdapat kesilapan dalam memilih? Yang penting, perkara remeh, perbincangan yang tiada membawa apa2 perlu dibuang. "if those clowns were there, how can we play our role? ", saya tiada jawapannya, tetapi kita boleh memilih untuk membuat sesuatu. Kaji baik dan buruknya. Moga kita tidak tergolong dalam "those clowns".
Siapa yang dipilih
Tentu sekali mereka ini perlu memahami apa itu penyelidikan dan pembangunan (P & P). P & P bukan sehaja melibatkan golongan elit, tetapi ianya satu konsep yang menyeluruh. Agak malang bila sesetengah pentadbir ini tidak tahu apa yang mereka PERLU lakukan utk menyokong P&P. Lagi lebih malang bila "those clowns" ini mendominasi dan mentadbir golongan penyelidik. Hasilnya, tentu sekali wujud berlapis2 kerenah yang perlu diikuti. Seolah-olahnya berlaku dominasi dalam "engkau perlu ikut aku" atau "siapa yang perlu ikut siapa". Hirarki murahan ini terhasil bila pihak pentadbir dan penyelidik tidak memahami matlamat sesuatu organisasi dan sebagainya. Acapkali keadaan "ikut perintah, aku lebih mahir, dan engkau siapa" bertapak dalam sesetengah institusi. Polemik murahan, agaknya.
Paling malang kalau individu yang dipilih untuk menjadi penyelidik (terutama pensyarah universiti) tiada minat dalam menjalankan penyelidikan. Kalau dijalankan, hanyalah tidak lebih untuk syarat pengesahan jawatan, dan sebagainya. Matlamat ilmu, penyelidikan yang sepatutnya berlaku tiada. Hasilnya? Mereka inilah yang akan menimbulkan 1001 macam permasalahan. Mereka tidak memahami tentang amanah kerja mereka. Hakikatnya, perkara ini wujud. (sekali lagi, semoga kita semua bukan tergolong dalam "those clowns".) Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu di atas utk mengatasi kemelut ini. Negara kita perlu belajar dari kesilapan lepas. Belajar dari negara lain bagaimana mereka membangunkan program sains dan teknologi mengikut acuan sendiri. Sejujurnya, kita mempunyai keupayaan, cuma sikap kerja perlu diubah. Itu yang penting.Teringat kata-kata seorang saintis di sini sewaktu berbicara dengan beliau - "Negara kamu perlu membandingkan diri dengan dengan sekurang-kurangnya Singapura atau Korea. Usah lagi melihat negara yang lebih bawah dari kamu, jika kamu betul-betul serius untuk terus maju. Saya melihat Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar. Negara kamu dianugerah pelbagai sumber, tidak seperti kami di Belanda. Jangan biarkan kamu di"jajah" lagi. "
Pakcik berkata-kata: "hanya sekadar pandangan peribadi. Saya budak baru belajar, salah dan silap sila tunjukkan".

13 comments:
Akhbar dan pemimpin tahun 90'an mempromosikan kerja kilang kepada pelajar-pelajar sekolah sehinggakan ceramah kerjaya pun menceritakan tentang peluang-peluang menjadi operator di kilang. Seorang Perdana menteri juga menyatakan pemuda-pemuda tidak mahu memilih kerja kolar biru berkaitan dengan kolar putih.
Belum ada ceramah kerjaya di sekolah-sekolah yang menceritakan tentang buat postdoctoral dan tentang universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia
You have a great responsibility on your shoulders to confront "those clowns" when you return home.As we speak these breeds are hosting, growing and fattening in the local campus scenes and I can tell that you have the rare essence to make a difference.... God bless you.
Azizi,
there's a conflict among Msian univ in encouraging the research culture. Quality vs quantity. Well, i guess u know what is happening in 'our' univ.
tp bang, jadi penyanyi atau pelakon lagi cepat kaya dan bleh dpt datok jugak... cam ne ni? lagi pun byk pertandingan menyanyi dari pertandingan ciptaan... cam ni bang...? adik konfius lah... hehehe...
nak byk penyelidik konon... tp bersepah tv realiti menyanyi!
apa pun aku sokong cadangan kau... idup GG!
public opinion - yup, sy sendiri belum dgr ttg ceramah postdoc, atau penyelidik di sekolah2 di malaysia. mungkin ada tetapi dlm jumlah yg kecil dan terhad.
jumper - i take as a complement. pretty to confront those clowns alone. i believe it is one of the reasons why we are losing our prodigies abroad. but, insya' Allah, things will get better soon.
nbc - yup, pretty sad to see that. well, with a great power, it comes with a great responsibility. :-) *spiderman
zampeada - itulah, byk program2 yg ada membunuh remaja kita. diagungkan mereka2 yg entah apa2. hmm, kalau dah isteri pemimpin minat sama, susah la kan. tp, keadaan akan berubah. :-)
so true.. tiada sesiapa pun bercita nak menjadi penyelidik, tiada pendedahan ketika sekolah..
i agree on quantity over quality, more often that not... sigh...
Tak kenal maka tak cinta.
Cinta kepada penyelidikan masih belum wujud dalam sanubari rakyat Malaysia, walaupun mereka sendiri hidup mati di institusi penyelidikan.
p/s: Tak sabar nak kaya, nak sponsor penyelidik dan komersialkan hasil penyelidikan.
You do your part, i'll do mine.
Ade kes kelakar tapi bodoh!
Ada Sekolah Rendah nak melawat satu "U" ni. Tapi pihak yang mengendalikan tak benarkan. Katanya tak releven. Budak sekolah rendah masih jauh nak masuk U. Kita buka utk Sek Menengah saja.
Habis berbahas ngan aku. Aku tanya, habis yang relevennya apa? Melawat putrajaya & Zoo negara?
Pada aku, dari awal lah kita dedahkan budak2 ni ke U.
budlee - yup, it is so true. but, i believe there are many things have already improved. ;-)
manaziz - yup, setuju. pelikkan, nak jd pensyarah / penyelidik tp takut nak buat penyelidikan, umpama pelajar sains komputer yg takut dengan programming, @ doktor yg takut dengan darah. ;-) ....
kaya nanti jgn lupa bg geran utk penyelidikan. ;-). amin
man azizi -
Ada Sekolah Rendah nak melawat satu "U" ni. Tapi pihak yang mengendalikan tak benarkan. Katanya tak releven. Budak sekolah rendah masih jauh nak masuk U. Kita buka utk Sek Menengah saja.
Habis berbahas ngan aku. Aku tanya, habis yang relevennya apa? Melawat putrajaya & Zoo negara?
- sepatutnya budak2 itu diberi peluang. kalau diorg pilih nak jd artis jgnlah dok marah kt depa. heh..heh..heh
betui benar la tu ha, budak sek ren ni asyik nk kejar 5A UPSR tanpa tau apa2 matlamat, sistem di Malaysia mementingkan produk bukan proses pembelajaran... cikgu pun sama2 jd pak dan mak turut, termasuklah yang cakap ni...cikgu terdesak... hhehehe
azie - heh..heh..heh yup, terlalu nak byk A dan produk yg keluar pun stereotype. oh sungguh bosankan?
Post a Comment